This is why we have such a huge deficit. It's ... Mahathir
Yes, it's Mahathir's vision of 70 million 'Melayu', never mind ducks or chicken from Kerala or Karachi. But, mind you, he has no intention to take care of you. You swim, you die, your problem, he just wants your vote ... and that's why he keeps zillions of civil servasnts, pay them dirt low ... stupid Melayu, he just wants your vote, and you will remain poor forever ... if only you buy his Dirty Primates Pribumi idea that is not only not worth spreading, it's toxic.
Penganalisis kewangan Yeo Ming Wan dalam halaman sembilan akhbar Nanyang Siang Pao bertarikh 19 Oktober 2010 mengulas mengenai isu pemberian bonus kepada penjawat awam. Katanya, jika kerajaan beri bonus kepada kakitangan awam seluruh badan akan terasa bisa. Apa yang terjejas ialah wang operasi kerajaan, yang sepatutnya RM162.8 bilion akan meningkat kepada RM165.9 bilion.
Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 langsung tidak menyentuh tentang isu bonus kakitangan kerajaan. Penulis itu menekankan bahawa bilangan kakitangan kerajaan terlalu ramai dan disebabkan itu, Najib menyatakan kepayahan kerajaan untuk membayar bonus. Penjawat awam adalah seramai 1.2 juta.
‘‘Perdana Menteri menyatakan jika semua kakitangan awam diberi bonus, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM3.1 bilion. Sumber pendapatan kerajaan terhad dan tidak dapat menanggung semua itu.
‘‘Dan beliau berkata sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab beliau perlu pastikan pengeluaran tidak melebihi pendapatan,’’ tambah Ming Wan.
Jelas penulis berkenaan, sebenarnya dalam Kerajaan Persekutuan sudah lama berlaku pengeluaran melebihi pendapatan. ‘‘Yang paling menonjol ialah pada kemelesetan ekonomi tahun 2008. Kerajaan lancarkan dua pakej pada tahun 2009. Defisit kerajaan sebanyak RM 47.4 bilion dengan nilai tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Jika bonus mahu diberi juga maka sebanyak RM3.1 bilion duit kerajaan terpaksa dibelanjakan dan ia akan membuatkan kerajaan sesak nafas. Katanya, pemberian satu bulan bonus kepada kakitangan kerajaan umpama satu suntikan pada tempat yang paling lemah di badan.
‘‘Jika kerajaan luluskan peruntukan berkenaan, defisit kerajaan akan meningkat daripada RM45.56 bilion kepada RM48.66 bilion,’’ tambah beliau. Kata Ming Wan, dalam kos operasi kerajaan perkara yang perlu dikurangkan ialah pembayaran elaun. ‘‘Elaun pada tahun 2010 sebanyak 22 peratus iaitu RM24.9 bilion. Pengurangan untuk tahun depan akan dilakukan sebanyak 4.9 peratus iaitu kepada RM23.7 bilion. Tetapi kerajaan belum halusi keperluan sebenar untuk mengurangkan elaun tersebut, cuma berdasarkan pengalaman yang lalu,’’ katanya.
Dalam pada itu, penulis itu menegaskan sepatutnya kakitangan kerajaan meningkatkan produktiviti. Dalam jangka masa panjang, jika kerajaan mahu perubahan, perhatian perlu diberikan kepada peningkatan produktiviti kakitangan kerajaan yang ramai itu.
Relevan Sejarah sebagai subjek wajib lulus
Timbalan Editor Sin Chew Daily, Tay Ting Hian menulis sebuah artikel yang mempersoalkan mengenai kewajaran subjek Sejarah sebagai wajib lulus seperti yang disiarkan akhbar itu pada 26 Oktober lalu. Tulis Ding Xian orang ramai tertanya-tanya kenapa perlunya Sejarah menjadi subjek lulus dan bukannya bahasa Inggeris, Matematik atau bahasa ibunda?
Subjek Sejarah diakui penting kerana dalam mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi, ia adalah perjalanan penting dan boleh menjadi penambah nilai yang sebenar. Tetapi subjek sejarah itu diperlukan untuk politik. Contohnya seperti sejarah pemerintahan kerajaan Melaka, UMNO menerajui negara ini sehingga mencapai kemerdekaan, adanya kontrak sosial dalam masyarakat yang tidak boleh diganggu gugat dan Barisan Nasional telah membawa negara ini menjadi aman dan makmur.
Sejarah ini mungkin mahu diturunkan kepada generasi anak cucu. Di negara-negara maju, bahan sejarah bukanlah pendidikan ideologi mereka. Sebaliknya sejarah itu menjadi bahan inspirasi pemikiran awal rakyat. Mereka tidak menjadikan subjek Sejarah sebagai alat untuk berkhidmat kepada politik. Ia semata-mata untuk pendidikan naluri kemanusiaan dan sebab kewujudan subjek itu semata-mata untuk kemajuan dalam masyarakat mereka.
Sebagai contoh dalam mata pelajaran Sejarah di Amerika Syarikat (AS), diterangkan mengenai orang Eropah yang berhijrah ke tanah besar Amerika. Pelajar-pelajar kemudiannya akan mengkaji bahan sejarah itu dan mencari bahan serta buku rujukan, membuat tesis mengenainya. Inilah baru benar-benar cara mendidik mata pelajaran Sejarah.
Tetapi kita tidak berani memikirkannya. Adakah dalam kaedah mengajar subjek Sejarah itu guru-guru membenarkan perdebatan mengenai sejarah Semenanjung Melayu ini? Tamadun Hindu wujud sebelum tahun 1400 sebelum Masihi atau sejarah selepas tahun 1400 iaitu ketika zaman Parameswara datang ke Melaka?
Sama juga sejarah Umno, MCA dan MIC. Selain parti ini, adakah sejarah parti-parti lain dimuatkan ke dalam subjek Sejarah. Antaranya pertubuhan dan gerakan sayap kiri serta sejarah sebenar perjuangan untuk kemerdekaan.
Berkenaan kontrak sosial dalam masyarakat pula, pakar sejarah sekali pun tidak faham dan merungkaikan mengenai hakikat ini. Bukankah mewajibkan syarat lulus subjek Sejarah itu akan hanya menggerunkan pelajar? Sedangkan keputusan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung UMNO. Bukan diserahkan kepada pakar sejarah untuk dikaji dan dibincangkan. Keputusan dibuat seperti tidak dipolitikkan tetapi orang ramai berasa janggal.
Baju Melayu dan politik
Baju Melayu yang menjadi pakaian rasmi semasa Perhimpunan Agung Umno minggu lalu mendapat perhatian luar biasa daripada Timbalan Editor Sin Chew Daily, Tay Ting Hian yang menulis mengenainya di ruangan pendapat akhbar itu pada 27 Oktober lalu. Ting Hian menerusi artikel berjudul ‘Politik dan pakaian’ itu melihat pemakaian baju Melayu termasuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa mesej tersendiri.
Di sebalik slogan Umno iaitu ‘untuk bangsa, agama dan bahasa’ iaitu kata-kata yang 100 peratus tidak lekang daripada perkauman, pasti akan rasa janggal dan diragui keikhlasannya jika ia dilaungkan dengan memakai kot atau batik. Sebab itu tidak pernah kelihatan pemimpin UMNO pada perhimpunan itu tidak memakai baju Melayu.
Jika pada mesyuarat Agung MCA pula, apa yang dapat dilihat ialah pakaian berwarna putih iaitu pakaian seragam parti. Tidak kelihatan baju Cheong Sam atau pakaian Tongshan. Komunis di China yang meniupkan suara perkauman juga semuanya mengenakan kot yang begitu segak semasa perhimpuan agung mereka.
Semasa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan perhimpunan itu, ucapannya berketerampilan. Beliau mahu Umno bersikap terbuka dan menerima serta menjaga kepentingan kaum lain. Tetapi dalam dua hari berikutnya, walaupun perwakilan berhujah mengenai jasa dan kehebatan yang dilakukan Umno, apa yang disarankan Najib itu langsung tidak kelihatan.
Walaupun suara dalam perhimpunan itu agak lebih terbuka berbanding sebelum ini, tetapi pada dasarnya ia hanya berpaksikan kaum. Sedangkan Najib semasa ucapan penutup juga, mula menampakkan nilai kaum yang susut. Beliau terpaksa kembali kepada perjuangan asal Umno. Dua hari selepas Perhimpunan Agung Umno, Najib kembali ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai Perdana Menteri untuk melancarkan konsep perubahan ekonomi negara.
Kali ini beliau hadir dengan mengenakan baju kot Barat, bertali leher kegemaran beliau iaitu berwarna merah. Ucapannya dalam bahasa Inggeris. Ucapan Najib dari sudut isinya memang bertaraf antarabangsa dan cukup global. Kebanyakannya berkisar mengenai peluang komersial dan perdagangan, pembangunan serta daya saing ekonomi untuk masa depan. Hadirin yang ada pada hari itu semuanya sudah semestinya mengenakan pakaian kot ala Barat.
Jika mereka bukan ahli perniagaan sekali pun mereka ini sudah tentu kumpulan profesional. Tidak mungkin dalam majlis seperti itu, ada yang mengenakan baju Melayu dan menggunakan bahasa Melayu untuk berbincang mengenai isu dan masalah kaum.
‘‘Baju kot ala Barat atau baju Melayu sebenarnya keperluan dalam politik. Mengenakan pakaian dan menggunakan bahasa itu semuanya perlu mengikut tempat dan situasi yang sesuai. Jika tidak jelas, ia boleh mencelarukan fikiran kita,” tulis Ting Yian.

Comments