Toke judi kembalikan wang judi — Khalil Idham Lim

Maka dengan bersungguh-sungguh pimpinan Umno Pulau Pinang ingin meraih sokongan orang Melayu dengan mengajurkan upucara menerima pemulangan wang sumbangan RM100 kerajaan negeri dari warga emas.

Berita tersebut mendapat liputan yang meluas dari media elektronik dan disiarkan diberita jam 8.00 malam tadi. Dikatakan 40 orang memulangkan wang halal yang diharamkan oleh Umno itu.

Agak sesuai saya namakan lakonan dan sandiwara itu sebagai “taukeh judi mengembalikan wang judi”.

Akhbar Sinar Harian pula melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, kesal dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang didakwa nya tidak pernah jujur dengan rakyat Pulau Pinang, tetapi sebaliknya sering menyembunyikan fakta sebenar.

Azhar nampaknya sudah sangat jijik dengan wang judi sehingga menyerang Kerajaan Negeri yang didakwanya mengunakan wang judi untuk wang ihsan RM100 atau program membasmi miskin tegar.

Namun secara jujur Ketua menteri Pulau Pinang mengaku guna duit judi daripada kelab lumba kuda, tetapi hanya untuk bukan Islam.

Guan Eng menjelaskan “Kerajaan negeri mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda, terdapat juga masyarakat bukan Islam yang miskin tetapi untuk umat Islam, ia tiada kaitan dengan sumber judi,” katanya dalam laman sosial Twitter.

Tetapi sudah lebih 50 tahun BN memerintah Pulau Pinang dan Malaysia, ternyata mereka gagal membezakna dan mengasingkan wang judi dengan wang halal.

Namun begitu tindakan Umno mendapak tempelak dari kenyataan dari bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri “Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi.”

Katanya lagi, bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya. Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara.

Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan.

Sebagai makluman wang kutipan dari hasil judi bagi negara Malaysia dalam tempoh setahun berjumlah RM2.3 billion.

Dalam kenyataan berasingan Mohd Asri menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

Saya menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat bahawa Umno merupakan “bapa judi” sebenar, Umno sepatutnya membersihkan dahulu “najis” itu di peringkat pusat, termasuk tidak membiarkan orang Melayu menjadi lembaga pengarah syarikat judi.

Demikianlah siri sandiwara pemimpin Umno yang semakin “nazak” dari persada politik tanah air. Saya yakin Umno akan ditolak oleh orang Melayu sendiri berkat kejujuran Kerajaan Pulau Pinang untuk menolong warga miskin yang sekian lama dipinggirkan dan diabaikan oleh Umno dan BN. —idhamlim.blogspot.com

* Drs Khalil Idham Lim adalah ADUN Titi Serong.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012