Utusan: Perkauman adalah hantu warisan Mahathir ?

Hantu-hantu perkauman — Utusan Malaysia

September 30, 2010

30 SEPT — Isu perkauman yang masih menghantui masyarakat ketika ini menjadi topik utama artikel bertajuk “Pandang jelas, tetapkan pendirian” tulisan editor eksekutif Sin Chew Jit Poh, Lin Ming Hua. Artikel itu tersiar di ruangan pendapat akhbar tersebut terbitan 28 September lalu.

Tulis Ming Hua, isu perkauman telah menyakitkan dan menyusahkan pemikiran orang ramai. Hantu-hantu perkauman sebaliknya menganggap ia sesuatu yang hebat kerana berjaya mencipta pelbagai isu. Semuanya akan terpisah melalui rasis dengan fakta-fakta yang tiada penghujungnya.

Sesuatu isu yang tidak dapat dihuraikan untuk menutup kebenaran, menjadi semakin pudar kerana salah tafsiran. Inilah yang menjadi adat dan resam dalam masyarakat sekarang.

Ming Hua menulis lagi, dalam masyarakat hari ini, ada pihak yang takut dan risaukan keamanan. Mereka lebih suka suasana yang tidak tenteram.

Hari ini mereka menuding jari mengatakan anda penumpang, esok mereka menyuruh pula anda supaya balik ke negeri asal.

Cuba fikirkan konsep rasis mereka. Dalam masa yang sama, mereka kata anda pula tidak tahu berterima kasih, tidak tahu kontrak sosial dan telah lupa siapa sebenarnya diri anda.

Tidak boleh dinafikan, baik konsep 1 Malaysia atau Malaysian Malaysia, hakikatnya kita masih tidak dapat keluar daripada isu perkauman. Sedangkan Malaysia mempunyai tarikan yang begitu kuat kerana kita mempunyai pelbagai kaum.

Bukankah kekuatan negara kita bergantung kepada kepelbagaian kaum yang boleh menjana satu inovasi tinggi dalam pergaulan sesama kita?

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata, tidak kira bumiputera atau bukan bumiputera, semuanya suka memainkan isu perkauman. Kita tidak dapat menafikannya kerana ia adalah kenyataan.

Kita cuba mengelak daripada menuduh orang lain sebagai perkauman bagi membersihkan diri daripada dianggap fanatik. Pada masa sama, kita perlu lebih berhati- hati untuk ‘memuaskan hati tiang-tiang politik di belakang tirai’.

Sebenarnya bukan penjajah British sahaja yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. “Saya setuju dengan kata-kata seorang penyelidik dari Southern College Johor, Dr Tan Chong Ho yang berkata, hari ini kumpulan kaum di Malaysia masih terasa diancam dan masih berasa syak wasangka antara kaum dalam fikiran mereka. Perasaan diancam itu adalah racun daripada politik ‘pecah dan perintah’,” tulis Ming Hua.

Tulisnya lagi, disebabkan kurangnya keyakinan dan kefahaman, kaum-kaum tertentu akan berdepan dengan kaum lain secara menunjukkan ego mereka. Ini disebabkan mereka berasa tersisih dan rendah diri. Sikap seperti ini boleh menjurus kepada perbuatan fanatik.

Walaupun hari ini kita berusaha untuk meningkatkan perpaduan dan saling menerima dan memahami antara satu sama lain, halangan dalam masyarakat tetap timbul. Jika ini memang caranya untuk kita meneruskan hidup, maka kita mesti mempertahankannya secara berterusan dan jangan sesekali mengabaikannya. — Utusan Malaysia

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012