Raja Bogel & Sotong Lembik
Raja Bogel & Sotong Lembik
Pagi-pagi semasa menghantar anak ke sekolah, saya pasti terdengar iklan 1Malaysia dari FlyFM yang disudahi dengan kata-kata seperti berikut:-
"...Everyone is different. Accept individuality then we can be united..."
Iklan ini agaknya diilhamkan oleh konsep "Penyatuan dalam Kepelbagaian" 1-Malaysia. Iklan Maybank di TV di mana kita kena baca (bukan dengar) untuk faham bahasa pribumi Sarawak (?) pun lahir dek konsep kepelbagaian 1Malaysia juga agaknya.
Maaflah, tapi saya masih lagi tidak nampak bagaimana kita semua boleh bersatu dengan menerima-pakai kepelbagaian dari sudut ini. Maksudnya, kita mesti terima perbezaan di antara kita dan dengan penerimaan ini kita akan bersatu.
Tidak akan ada seorangpun akan menyangkal bahawa kita semua sememangnya berbeza. Agama pun ada menyatakan setiap orang itu adalah unik dan tidak identikal. Contohnya terbaik adalah cap jari dan DNA.
Keunikan atau perbezaan ini sememangnya boleh diterima seantero dunia. Tetapi apabila kita ingin bersatu sesama kita, maka kita perlulah mencari titik persamaan sebanyak yang mungkin, yang ada di antara kita untuk dijadikan asas penyatuan. Bukan dengan cara menonjolkan serta menekankan perbezaan dan kepelbagaian yang ada. Barulah penyatuan kita itu akan menjadi lebih teguh kerana ianya dibina di atas asas yang sama.
Tiada siapa di antara kita yang menolak bahawa kita terdiri dari pelbagai kaum. Keadaan ini sememangnya wujud dari dahulu lagi. Malahan di antara orang Melayu dan Pribumi itu sendiri sudah terdapat kepelbagaian beranika rupa, tambah lagi dengan penghijrahan kaum-kaum cina, india dan lain-lain.
Dahulu, walaupun kita ini dalam kepelbagaian beranika rupa, kita mencari asas yang sama untuk bersatu, lalu lahirlah golongan-golongan baba nyonya, 'oghe kelate (berketurunan cina)', pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak yang berkomunikasi dengan bahasa yang SATU, iaitu bahasa kebangsaan. Slogan-slogan yang menyeru ke arah penyatuan tidak menekankan perbezaan di antara kita, malahan ianya adalah disebaliknya; mencari serta memupuk persamaan yang ada di antara kita. Sekian lama kita cuba meyakinkan keseluruhan rakyat betapa pentingnya mempunyai sistem pendidikan satu aliran, bukannya pendidikan vernakular walaupun ditentang hebat sehingga kini oleh sebahagian masyarakat yang mahu hidup dengan cara yang berbeza dan terasing di negara ini.
Please Sign The Petition |
Saban hari kita diingatkan dengan perbezaan ini dalam iklan 1Malaysia. Lihat sajalah bagaimana Bahasa Kebangsaan (Satu Bahasa) diabaikan dan bahasa mandarin pula dipromosikan oleh PM dan ahli-ahli kabinetnya, maka lahirlah iklan-iklan seperti iklan Maybank itu. Perjuangan kearah sekolah satu aliran yang seragam semacam dikhianati dengan memberi ruang yang lebih besar dan banyak kepada sekolah-sekolah vernakular untuk lebih giat berkembang dan bercambah. Maka akan semakin lantang dan bebaslah lagi puak-puak yang mengamalkan perkauman menuntut gejala asing supaya bertunjang di bumi Malaysia ini. Jadi apakah makna 1Malaysia yang membiarkan setiap rakyat membuat halnya masing-masing, sendiri-sendiri tanpa satu landasan yang sama untuk bersatu? Hanyalah permainan kata-kata yang bunyinya agak indah tetapi tanpa sebarang isi yang jelas! Hari ini golongan baba nyonya sudah hampir pupus dan akan disusuli pula dengan kepupusan golongan 'oghe kelate (berketurunan cina)' disebabkan 1Malaysia yang menekankan perbezaan, bukannya persamaan.
Lihat sajalah slogan, "Malaysia Truly Asia" (Petikan dari KijangMas Demi Negara):-
The tombstone in the Tourism Malaysia portal says it all:-
In the heart of Asia lies a land of many cultures, wonders and attractions. With a sparkling and lively melting pot of races and religious (sic) where Malays, Chinese, Indians and the many ethnic groups of Sabah and Sarawak live together in peace and harmony, Malaysia is truly a country that epitomises Asia.
Such a diversity of ethnic groups inevitably features a large number of spoken languages. The official local language is Bahasa Melayu, but then English is widely spoken as are a number of Chinese dialects. Various other languages are spoken and East Malaysia features several other indigenous languages.
With such obvious diversity, it is remarkable that racial tension is not a constant problem but clearly the gentleness and tolerance of the local population contributes to a real spirit of peace and harmony.
Who wrote this … I’m sorry to say … mythology? Some White kid at Saatchi & Saatchi New York? What “melting pot of races and religions” are we talking here? How about “boiling cauldron of intolerant racists and zealots”? Why are we presented like some kind of multicoloured, multiphonic happy, cuddly little socio-artifacts in some fantasy vacationland?! Tell the truth la!
Bayangkan apa akan terjadi dalam sebuah pasukan seragam, (tentera, contohnya) sekiranya dibiarkan setiap anggota itu bebas memakai pakaian tersendiri (sekolah vernakular dibenarkan), berkawad ikut suka langkah kaki (cina cara cina, india cara india) dan pecah-perintah kawad dibolehkan dalam pelbagai bahasa (setiap orang dengan bahasa ibunda masing-masing) yang tidak difahami oleh keseluruhan anggota? Berteraburlah pasukan yang TIDAK SERAGAM itu, alamatnya, akan hancurlah negara dek pasukan keselamatan yang tidak teguh bersatu padu di atas asas yang sama. Walaupun ramai anggota tentera terdiri daripada pelbagai kaum, pernahkah kita melihat atau dengar seorang anggota tentera tidak fasih bertutur bahasa Kebangsaan? Walaupun kita semuanya berbeza/pelbagai, kita semua patut serta wajib SERAGAM.
Cuba bandingkan slogan dahulu yang berbunyi "Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Bahasa" dengan slogan 1Malaysia yang berbunyi "Penyatuan dalam Pelbagaian". Slogan dahulu semuanya SATU (persamaan), slogan sekarang? SATU tetapi Pelbagai? Tidak sama? Peliknya!!!
Dalam perSATUan ada undang-undang tubuhnya. Polis tidak boleh pakai celoreng askar bila berkawad, ini sama sekali tidak dibenarkan oleh KPN. Kalau tidak suka kepada seragam polis, jangan jadi polis!. Kalau tidak suka kepada Bahasa Malaysia, jangan jadi orang Malaysia. Bukan begitu?
"Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Bahasa" adalah tepat untuk menuju kepada "... a homogeneous society defined by nationality, the proverbial and oft-quoted Bangsa Malaysia, the Malaysian race..."
What then is the Malaysian race?
What language should a Malaysian speak?
What culture and mannerisms?
What shared values and philosophies?
What inner-consciousness?
What sense of shared identity?
What sense of shared destiny?
(Racial Polarisation and the Forging of Bangsa Malaysia - KijangMas Demi Negara)
Mampukah konsep 1Malaysia melahirkan SATU BANGSA MALAYSIA apabila konsep tersebut tidak mendokong SATU BAHASA KEBANGSAAN dan SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA? Bahkan ianya menekan segala jenis perbezaan, maka lahirlah iklan FlyFM, Maybank dan sebagainya itu sementara sekolah-sekolah vernakular pula bagai diberikan suatu nafas yang baru untuk semakin berkembang dan bercambah?
Di bawah ini petikan ucapan PM semasa berucap di sidang UN, New York baru-baru ini di mana beliau menekankan kepada perbezaan (diversity) ini dan menyeru supaya diterima keperbezaan/kepelbagaian ini "source" untuk bersatu. Persoalannya, (tolak karangan bahasa yang indah itu ketepi sekejap dan soal dengan jujur) bagaimana hendak melakukan perkara ini apabila masing-masing dengan halnya masing-masing tanpa suatu platform yang sama untuk berdiri?
"We celebrate our multi-ethnic" dengan membiarkan masing-masing dengan bahasa ibunda masing-masing? Macamana nak "celebrate" sedangkan "faham bahasa" pun tidak?
Apa kaitan tulisan di atas dengan tajuk artikel - 'Raja Bogel dan Sotong'?
Sebagaimana yang kita tahu, SOTONG mempunyai banyak belalai (lebihkurang "pelbagai", "diverse" la tu) tetapi tidak mempunyai walau SATUpun tulang belakang. Jadi 1Malaysia yang menekankan kearah kepelbagaian/diversity ini tanpa satu asas atau teras yang sama dan kukuh, dilihat seolah-olah sebagai seekor sotong yang sememangnya lembik tanpa tulang belakang. Hendak berteraskan apa kalau bertutur segala macam bahasa? anak-anak kecil pun bermula dibangku sekolah yang tidak sealiran?
Adakah ini suatu langkah hendak "Melayu"kan kaum-kaum lain sebagaimana pernah seorang pak menteri menuduh? Bukankah "Malay"sia itu BERTERASkan "Malay"? Habis nak "Cina"sia? "India"sia? "Rojak"sia?
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditanda tangani pada 21 Januari 1948 ini merupakan bukti bahawa negara ini ujud bawah ‘Ketuanan Melayu’ dimana kedudukan orang Melayu merupakan tunggak asas landasan negara ini dilahirkan dan peruntukan perjanjian ini merupakan semangat dan roh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 apabila Kemerdekaan dicapai.
(BIG DOG - Nazri Kini Jelas Pemangkin Perpecahan Melayu)
Tengah-tengah menulis artikel ini saya teringat kepada cerita kanak-kanak yang bertajuk The Emperor's New Clothes. Entahlah, macam ada persamaan pula cerita ini dengan konsep 1Malaysia.Now, itu Bab SOTONG yang lembik tanpa tulang belakang. Nah! ini pula bab 'Raja Bogel'.
"Nak bersatu, tapi kita saban hari diingatkan bahawa kita ini "berbeza" lebihkurang sama dengan "nak berpakaian yang special tapi sebenarnya berbogel". "Satu/Sama" lawannya "Pelbagai/Berbeza" dan "Berpakaian" lawannya "Bogel".
"White kid at Saatchi New York"? "Con" sultant? "Punahsihat"? yang mencipta slogan-slogan indah bahasanya tapi sebenarnya tiada bermakna ini sudah tentu dibayar dengan lumayan. Lebihkurang sama dengan "weavers" dalam cerita kanak-kanak tu saja? Habis raja dan segala rakyat jelata di "con"kan dengan "pakaian istimewa yang sebenarnya bogel" itu. Kalau tak nampak "splendid clothes" itu (tak faham konsep 1Malaysia?) maka dia itu diancam dengan "one unfit for his office". Maka terhangguk-hangguklah rakyat jelata (iklan Maybank, FlyFM contohnya), termasuk raja sendiri kerana takut dikatakan "unfit for his office". Janganlah pula, bila tersedar yang raja tu sebenarnya berbogel dikhalayak ramai dan "con"sultant dah lesap dengan hasil "con" nya yang lumayan, baru nak tergeleng-geleng.
Raja sudah aib dan wang sudah lesap! Kalau dah angguk-angguk, tunduk-tunduk, ikut telunjuk, nak geleng-geleng apa lagi? Dah terlambat!
Apakah matlamat sebenar konsep 1Malaysia ? Adakah ianya bertujuan untuk "membina" negara (nation building) ataupun bertujuan untuk "menjaja" negara?
Saya lebih nampak konsep 1Malaysia ini lebih bersifat untuk "menjaja" negara seperti iklan promosi perlancongan "Malaysia Truly Asia". Jika tidak, kenapa harus PM mencanangkan "Unity in Diversity" kepada "orang luar" seperti terkini dilakukan di sidang UN di New York? Ianya lebih bersifat komersial untuk menarik "orang luar" supaya datang ke Malaysia untuk melawat ataupun melabur.
"Unity in Diversity", "Bersatu dalam Kepelbagaian", "Bersatu dalam Perbezaan" - dua perkataan yang berlawanan maksudnya. Memang sedap didengar, tetapi adakah ia mempunyai "isi", mempunyai "jiwa" ataupun boleh dilaksanakan? Inilah kerja-kerja "white kids at Saatchi New York" yang mencipta slogan "menjaja / promosi" yang sedap bunyinya di mana "audience" nya lebih kepada "orang luar" supaya datang ke Malaysia. Sama seperti "Malaysia Truly Asia" - yang memberi makna "Malaysia" sebenarnya bukan "Malaysia" tetapi "Asia". Memang bagus untuk menarik "orang luar" supaya datang ke sini sahaja jika sekiranya hendak melawat Asia. Segala macam "Asia" ada di sini. Tetapi adakah ini wajar dalam soal pembinaan negara, nusa dan bangsa?
"Unity in Diversity" - segala macam bangsa ada di sini, Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut dsb dan 1Malaysia begitu bangga dengan kepelbagaian ini sehingga masing-masing bebas bertutur bahasa ibunda masing-masing, mengamal cara hidup berbeza, pergi sekolah aliran masing-masing ibarat sotong yang mempunyai banyak belalai tetapi tiada satupun tulang belakang. Semuanya rojak di sini tanpa sebarang teras dan identiti yang jelas sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara lain di dunia ini. Di sini semua jenis "orang" ada - orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut dsb termasuklah "orang" Asia (Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Cina, India, Pakistan etc). Yang tiadanya adalah "orang" Malaysia. Jadi adakah semuanya ini baik untuk membina sebuah negara yang kukuh bersatu padu dan beridentiti?
Uruskan "urusan dalam rumah" dahulu supaya teratur dan mantap. Barulah kita "promosi" atau "jaja" rumah kita yang mantap itu kepada "orang" luar.
Sekiranya konsep 1Malaysia itu sebenarnya untuk "membina" negara, maka serahkan urusan "sloganeering" ini kepada mereka yang tahu asal-usul, jiwa bangsa dan patriotik seperti negarawan-negarawan ulung, ahli-ahli sejarah, pejuang-pejuang bangsa; bukannya kepada "white kid at saatchi New York". Maka akan lahirlah slogan-slogan seperti "Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Bahasa", "Bahasa Jiwa Bangsa" dsb yang sememangnya bermakna serta membakar semangat patriotisma anak bangsa. "Orang luar" tidak perlu kepada slogan-slogan ini kerana ini bukan negara mereka untuk mereka bina. Ini negara kita untuk kita perjuangkan. Jangan dijadikan slogan-slogan ini hanyalah retorik semata-mata dengan bahasa yang bombastik bunyinya seperti "Unity in Diversity" itu.
Kita sememangnya wajar "menjaja / mempromosi" negara kita kepada "orang luar". Kita serahkan urusan "menjaja" ini kepada "white kid at saatchi New York" kerana ini bidang mereka. Walaupun begitu setiap kerja mereka patutlah di "vet" kan supaya tidak mengharu-birukan soal "pembinaan" negara seperti iklan "Malaysia Truly Asia" serta iklan Maybank dan FlyFM itu. PM wajar mementing soal "pembinaan" negara dalam usahanya "menjaja" negara kepada "orang luar". Jangan dicampur-adukkan soal "membina" dengan soal "mempromosikan" negara sehinggakan negara ini tidak mempunyai sebarang identiti yang jelas dengan kepelbagaian bahasa pertuturan, aliran sekolah, cara hidup dsbnya. Kepelbagaian ini dibiarkan dengan haluan masing-masing tanpa "diikat" untuk dijadikan "SATU MALAYSIA" oleh sebarang teras. Melayu dengan hal Melayu. Cina dengan hal cina, dsb.
Saya suka kepada iklan TV Telekom (?) di mana tiga remaja Melayu, India, Cina (perempuan) berniaga bersama-sama. Iklan ini juga mempunyai mesej yang baik bagi saya. Cuba amati lakunan cerita yang dipaparkan apabila remaja Melayu itu menolak pelawaan remaja Cina untuk menolongnya berniaga kerana hendak untung yang lebih besar apabila ianya tidak perlu dikongsi. Jangan semuanya tergadai dek wang ringgit. Kemudian, satu lagi lakunan cerita di mana remaja Melayu tersebut menolak "Ang Pow" yang hendak diberikan oleh emaknya kepada kawan-kawan kerana katanya mereka datang untuk berhariraya, bukannya hendakkan "Ang Pow". Cuba kita lihat budaya hariraya kita kini. Kadang-kadang apa yang dikehendakki hanyalah "ang pow", tidak masuk rumahpun untuk menjamah kuih muih hariraya!
Popout
Dan, apakah bahasa yang dipertuturkan oleh ketiga-ketiga remaja tersebut? Memang ketiga-tiganya "diverse" tapi mereka "SERAGAM" dengan SATU BAHASA, bukanlah ikut sedap masing-masing sahaja. Inilah baru dikatakan konsep 1Malaysia yang "membina" negara, bukannya "menjaja" negara.
Kalau konsepnya adalah untuk "menjaja" negara yang sewajarnya dicipta oleh "white kids at saatchi New York" tu, maka iklannya akan menjadi bombastik menonjolkan kepelbagaian beranika rupa. Lagi berbeza lagi orang suka. Bukan begitu? Contohnya, sekiranya anda hendak makan di kedai, adakah anda pergi ke restoran yang menghidangkan berbagai anika juadah ataupun anda anda pergi ke restoran yang hanya ada satu juadah saja? Ini iklan komersil, mempromosi, "menjaja" negara, bukannya iklan "membina" negara. Chef akan "membina" satu masakan uniknya untuk dijadikan identitinya atau lambang perniagaannya. Chef juga memasak pelbagai juadah lain dalam "menjaja/mempromosikan" restorannya kepada ramai.
Seperti yang dimuatkan oleh PANEH MIANG di SINI, contoh-contoh peristiwa sebenar yang berlaku setiap hari di negara kita sepatutnya ditonjolkan sekiranya konsep 1Malaysia itu adalah untuk "membina" negara, bersatu di atas keseragaman, bukannya "unity" dengan menerima segala jenis perbezaan yang ada. Sikap tolong menolong, prihatin dan seumpamanya adalah sejagat dan tidak memerlukan seseorang itu memakai cheongsam, menari tarian naga, berbaju Melayu ataupun bertutur segala jenis bahasa tanpa satu bahasa pun yang seragam. Ini semuanya iklan "menjaja" negara, bukannya iklan "membina" negara.
Saya suka kepada iklan TV Telekom (?) di mana tiga remaja Melayu, India, Cina (perempuan) berniaga bersama-sama. Iklan ini juga mempunyai mesej yang baik bagi saya. Cuba amati lakunan cerita yang dipaparkan apabila remaja Melayu itu menolak pelawaan remaja Cina untuk menolongnya berniaga kerana hendak untung yang lebih besar apabila ianya tidak perlu dikongsi. Jangan semuanya tergadai dek wang ringgit. Kemudian, satu lagi lakunan cerita di mana remaja Melayu tersebut menolak "Ang Pow" yang hendak diberikan oleh emaknya kepada kawan-kawan kerana katanya mereka datang untuk berhariraya, bukannya hendakkan "Ang Pow". Cuba kita lihat budaya hariraya kita kini. Kadang-kadang apa yang dikehendakki hanyalah "ang pow", tidak masuk rumahpun untuk menjamah kuih muih hariraya!
Dan, apakah bahasa yang dipertuturkan oleh ketiga-ketiga remaja tersebut? Memang ketiga-tiganya "diverse" tapi mereka "SERAGAM" dengan SATU BAHASA, bukanlah ikut sedap masing-masing sahaja. Inilah baru dikatakan konsep 1Malaysia yang "membina" negara, bukannya "menjaja" negara.
Kalau konsepnya adalah untuk "menjaja" negara yang sewajarnya dicipta oleh "white kids at saatchi New York" tu, maka iklannya akan menjadi bombastik menonjolkan kepelbagaian beranika rupa. Lagi berbeza lagi orang suka. Bukan begitu? Contohnya, sekiranya anda hendak makan di kedai, adakah anda pergi ke restoran yang menghidangkan berbagai anika juadah ataupun anda anda pergi ke restoran yang hanya ada satu juadah saja? Ini iklan komersil, mempromosi, "menjaja" negara, bukannya iklan "membina" negara. Chef akan "membina" satu masakan uniknya untuk dijadikan identitinya atau lambang perniagaannya. Chef juga memasak pelbagai juadah lain dalam "menjaja/mempromosikan" restorannya kepada ramai.
SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA, 1MALAYSIA UNTUK SIAPA? |
Semenanjung Tanah Melayu telahpun ditukarkan namanya kepada Malaysia yang dimasukkan sekali ke dalamnya Sabah dan Sarawak. Bukankah kita telah ada Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan untuk dijadikan teras negara Malaysia?
PLEASE READ!
Comments