Pemuda UMNO: Dakwaan Anwar Makan Diri, PKR Umpama Kapal ‘Titanic’

Oleh Kazman kamal

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Perumpamaan kononnya UMNO seperti Kapal “Titanic” yang dilemparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini rupa-rupanya kini bakal menimpa Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri, kata bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin.


Jelas beliau kemelut yang semakin dahsyat dalam PKR ketika ini terutama bahang pemilihan yang sedang berlangsung akan menenggelam parti itu seperti mana tragedi kapal “Titanic”.

“Inilah akibatnya bila parti dan pemimpin menggadaikan prinsip perjuangan dengan berpolitiking tanpa sempadan”, katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemelut dan kekecohan yang berlaku pada pemilihan cabang PKR di beberapa tempat semalam hingga memaksa beberapa mesyuarat ditangguhkan.

Kekecohan yang berlaku bukan setakat ahli mempertikaikan perjalanan mesyuarat malah turut membabitkan tindakan liar ahli yang membaling kerusi, mengoyakkan kertas undi, pengundi hantu serta kehadiran kumpulan gangster.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau kata inilah wajah sebenar PKR yang sebelum ini diwar-warkan sebagai parti yang cukup demokrasi, bersih, telus, matang, bijak dan penuh keadilan.

“Sekarang rakyat termasuk penyokong parti itu boleh membuat penilaian sendiri. Pemimpin PKR sekarang macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

“Sekarang rakyat termasuk penyokong parti itu boleh membuat penilaian sendiri. Pemimpin PKR sekarang macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

“Yang jadi mangsa adalah ahli serta penyokong lama yang terus diketepikan dengan cara yang cukup kotor oleh angkatan baru yang cukup rakus untuk berebut jawatan dan kuasa”, ujarnya.

Mengenai kekalahan beberapa orang kuat dan pemimpin PKR yang dipercayai penyokong kuat Azmin Ali sehingga timbul ura-ura Anwar akan membatalkan semua mesyuarat cabang bagi membolehkan mesyuarat dijalankan semula, beliau berkata inilah gaya pemerintahan ”kuku besi” Anwar.

“Itu tidak mustahil dilakukan kerana Anwar akan pastikan semua calon yang boleh menjadi kuda tunggangannya menang.

“Saya mendapat tahu mesyuarat cabang di Permatang Pauh bagaimana beliau mahu pastikan orang-orang pilihannya menang. Ada arahan untuk pastikan orang yang nak bertanding tarik diri dengan pelbagai tawaran dan pujuk rayu bagi pastikan calon pilihannya menang. Inilah yang membuat ramai ahli terutama orang lama parti kecewa dan patah hati”, katanya.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012