Kumpulan Anti Lynas Masuk Politik!! Apasal Tak Terkejut?

January 30, 2013   ·   11 Comments

anti_lynas_enter_politics

DARI awal semua orang UMNO dan sebahagian besar rakyat Malaysia ini tau, bahawa semua NGO seperti Anti Lynas, Bersih, ANAK, Ayah, Ibu, Pak Mertua, Datuk saudara dan sebagainya yang ditubuhkan Anwar Ibrahim (secara air liur) mengikut segmen perjuangan masing-masing, adalah NGO politik pro Pakatan.

Sudah tentu mereka tidak mahu mengaku, sebaliknya diaturkan supaya kumpulan ini kelihatan sebagai NGO yang terpisah dari politik dan pemimpin pembangkang hanyalah pihak yang menyokong perjuangan mereka (majoriti bertujuan menjatuhkan kerajaan).

Tidak pernah sesekali rakyat Malaysia ini percaya kesemua NGO ini adil, bebas dan sebagainya seperti mana majoriti besar pertubuhan bukan kerajaan berdaftar yang lain.

Orang putih kata, ini hanya hoax pembangkang untuk menipu rakyat kononnya tidak ada unsur politik dengan penubuhan dan perjuangan NGO ini semua.

Hanya orang bodoh dan orang Pakatan sahaja yang percaya itu (semua pertubuhan ini bebas politik).  Biasalah Anwar, kaki temberang nombor satu.

Justeru, pengumuman kumpulan Anti Lynas hari ini bahawa kumpulan itu akan menyertai politik bagi menumbangkan BN di Pahang, tidaklah mengejutkan sesiapa, waima beruk dan kera sekalipun.  Pasal kita tahu dari mula, inilah tujuannya pun, diumumkan sekarang kerana pilihanraya umum sudah dekat.

Umum awal-awal nanti takut penipuan dan pembohongan yang kumpulan ini bebas pengaruh politik, terbongkar siang-siang dan mengurangkan sokongan – walaupun 'bau politik' parti pembangkang itu ada dimana-mana aktiviti mereka dijalankan.

Bercakap tentang perjuangan anti Lynas ini, ia sebetulnya tidak ada beza dengan NGO lain seperti ANAK yang bertujuan menipu kelompok masyarakat di luar skop terlibat (dalam hal ini penduduk Balok dan peneroka Felda), bahawa Lynas ini ada masalah alam sekitar, bahaya radiasi, nuklear dan sebagainya.

Padahal, orang di kawasan berhampiran Lynas ini, majoritinya menyokong penubuhan kilang tersebut kerana ia membuka peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk setempat.  

Apatah lagi ada pakar nuklear (termasuk dari dalam PAS sendiri) yang mengesahkan bahawa Lynas tidak mempunyai impak persekitaran seperti yang sering kali di dakwa kumpulan ini dan parti pembangkang yang menaungi mereka.

Sama macam ANAK pimpinan Mazlan Aliman, yang sering diwar-warkan peneroka Felda ini hidup susah, melarat dan sebagainya kerana ditindas Felda, tapi kenapa Mazlan Aliman dan konvoi "Selamatkan Feldanya", dihalau macam anjing kurap dari masuk ke kawasan penempatan tersebut?

Why?

Sampai ke satu tahap, ANAK terpaksa memohon perintah Mahkamah supaya dibenarkan untuk masuk ke kawasan penempatan Felda, kenapa perlu berlaku macam itu kalau perjuangannya betul dan mendapat sokongan majoriti peneroka?

Penulis rasa, sekarang ini rakyat sudah nampak kebenaran disebalik penubuhan semua NGO ini, mereka memang dinaungi pembangkang, yang mengetuai mereka itu adalah aktivitis pembangkang dan bila pilihanraya, inilah muka-muka yang akan dicalonkan pun.

Pendek kata ini semua politik pembangkang, nama saja lain-lain tapi itulah dia, semua pun bernaung di bawah Anwar Ibrahim!!

Bagaimanapun, penulis yakin kemasukan puak-puak ini dalam politik dan pilihanraya akan ditolak oleh rakyat.  Sebab kita berdasarkan fakta saintifik, sedangkan mereka hanya pembohongan dan temberang.

Ambik kumpulan Lynas inilah, buat mogok lapar pun, depa makan juga diam-diam juga!!  Celaka tak celaka.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...