Jamuan Kutip Derma: Cari Dana Pilihanraya Atau Nak Sewa Jet?

September 26, 2012   ·   35 Comments

mewahnya_anwar

SIAPA tak tahu penulis nak bagitahulah bahawa Pakatan Rakyat akan mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam pada hari Jumaat ini (28 September 2012) untuk mengutip dana bagi membantu ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan haram menghadapi pilihanraya akan datang.

Selain daripada majlis makan malam, akan ada juga lelongan amal.  Khabarnya beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan menjual memorabilia masing-masing, tapi jet peribadi bukan salah satu darinya ya.

Tolong sikit.

Disebalik kemeruduman blog-blog pro Pakatan haram kebelakangan ini, penulis bantu sikitlah untuk menyebarkan maklumat ini.  Videonya ada dibawah ini:

Penulis serulah kepada semua macai Pakatan haram dalam portal ini, silalah beli meja dalam majlis makan malam tersebut untuk membantu Pakatan Rakyat ini bertanding dalam pilihanraya nanti ya.  Maklum, Pakatan Rakyat ini parti miskin, komponennya juga miskin-miskin belaka, takde duit nak berpilihanraya, jadi terpaksa diadakan majlis makan malam kutip derma.

Miskinnya parti Pakatan ini menyaksikan mereka hanya mampu menyewa sebuah jet mewah, untuk memudahkan pemimpin mereka berkempen di Sabah, Sarawak dan Labuan pada 16 September yang lepas.

Kalau kaya, Anwar akan sewa jumbo jet, tapi sebab miskin punya pasal, sewa sajalah jet peribadi mewah.  Alah, baru berapa ratus ribu je sewa tu, tak banyak mana pun tapi perlu ditopup la untuk masa depan.

Maka itu, diadakan majlis makan malam ini untuk membolehkan macai-macai sekelian menderma bagi menampung wang yang sudah keluar.  Nanti bolehlah Anwar dan juak-juaknya naik jet lagi untuk berkempen, malah kalau jumlahnya berlebihan, jet itu akan lebih mahal lagi sewanya.  Siapa bangga waktu itu?  Kan macai juga.

Baru ada kelas kata orang.

Taklah Pakatan haram ini nampak macam parti murah.  Apa kelas pergi kempen naik Air Asia yang tambang murah tu (kadang-kadang ada seat percuma)?  Macam mana rakyat nak yakin Pakatan Rakyat mampu jadi kerajaan kalau naik pesawat murah?

Mesti naik jet, dapat naik jet pejuang lagi bagus, baru ada style.

Jadi dermalah ya.  Kesiankanlah, muka Dr. Hatta Ramli tu ha dah macam muka pemintak sedekah pun ada.  Memang ada tokoh jadi Bendahari, muka seposen je.

Tapi bandingkan pulak muka Dr. Hatta masa naik jet peribadi itu hari, langsung tak macam muka peminta sedekah, maklumlah naik jet mewah lah katakan, takkan nak nampak sengkek.

Untung jadi pemimpin Pakatan Rakyat, boleh naik jet mewah, hasil derma macai yang dibawah-bawah ni.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??