BR1M 2.0 & 2.1 Buat Pembangkang Terdiam
September 28, 2012 · 1 Comments
DATUK Seri Najib Tun Razak sekali lagi membuat kejutan. Memang ramai yang mengharap dan menganggap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 akan diberikan, tapi tak sangka pula ada BR1M 2.1 yang dikhususkan untuk orang bujang berumur 21 tahun dan berpendapatan RM 2,000 ke bawah, turut menerima labanya.
Bantuan Persekolahan RM 100 (seorang anak) yang dimulakan pada tahun lepas juga, diteruskan pada tahun hadapan.
Bercakap tentang 3 perkara ini sahaja sudah heboh satu negara, belum lagi insentif-insentif lain yang diumumkan antaranya, bonus untuk kakitangan awam, kenaikan pencen dan berbagai-bagai lagi, yang mana semuanya membuat majoriti orang tidur dengan muka tersenyum malam ini.
Sememangnya setiap kali pembentangan bajet dilakukan, soalan yang biasa ditanyakan orang ialah "apa yang aku dapat?". Memang banyak tahun sebelum Datuk Seri Najib mengambil alih teraju pentadbiran negara, banyak manfaat diberikan kerajaan kepada rakyat, tapi tidak secara langsung.
Datang Datuk Seri Najib, buka penbedaharaan negara dan serah wang terus kepada rakyat yang layak, begitulah diumpamakan. Jadi menjawablah soalah "apa aku dapat?" yang biasa ditanyakan orang.
Selain itu, pemberian ini juga menunjukkan kerajaan punya wang, tak seperti yang dicanang dan digebangkan pembangkang, kononnya kerajaan ini tidak ada wang untuk menampung semua pemberian tunai ini.
Dalam masa yang sama, tidak pula ada mana-mana bahagian dalam negara ini yang dijual kepada pihak asing, menunjukkan semua wang itu diperolehi dengan cara yang sah, halal dan hasil dari pengurusan kewangan yang baik oleh kerajaan BN dan Datuk Seri Najib sendiri.
Dibanding dengan bajet bayangan Pakatan Rakyat yang penulis huraikan semalam, bajet kali ini akan benar-benar dilaksanakan dan bukan sekadar angan-angan. Ini bajet dimana segala yang disebut, akan dilaksanakan.
Silap-silap, ada antara perkara yang disebut dalam pembentangan bajet 2013 sebentar tadi, akan dilaksanakan pada tahun ini juga, contohnya Bantuan Persekolahan RM 100, seperti mana tahun lepas.
Penulis sendiri, walaupun tidak termasuk dalam golongan yang layak untuk menerima BR1M atau kenaikan pencen, tapi masih bersyukur bagi pihak mereka-mereka yang bakal menerimanya.
Inilah 'kebajikan' kerajaan terhadap rakyat yang sebenarnya, bukan setakat gebang.
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments