Krisis Air Selangor: Khalid Tak Faham Erti Syarikat “Sdn Bhd”?

September 28, 2012   ·   19 Comments

Fearless From Kampung Boy To CEO

Saya agak teruja dengan berita yang tersiar di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily, mengenai sebuah buku baru karya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid "Gagap" Ibrahim, yang bertajuk "Fearless: From Kampung Boy To CEO".

Dengan terbitnya buku tersebut, maka jelaslah bahawa Khalid merupakan seorang yang amat arif dalam selok belok pentadbiran perniagaan, apatah lagi dia pernah mengemudi sebuah badan kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Khalid juga pernah dilantik menjadi CEO syarikat gergasi, Kumpulan Guthrie Berhad, dan kini dia telah menjawat jawatan nombor 1 di Selangor sebagai Menteri Besar.

Peliknya, setelah Khalid berjawatan Menteri Besar Selangor, dia seolah-olah lupa dengan pengalamannya sebagai tokoh korporat di negara ini apabila "memaksa" Kerajaan Pusat untuk "menekan" syarikat-syarikat konsesi air di negeri itu.

Ia adalah sebagai usahanya untuk menjalankan penstrukturan air semula yang sering disalak siang dan malam apabila negeri Selangor dilanda bibit-bibit krisis air yang semakin serius sejak kebelakangan ini.

Langkah pertama penyusunan semula ini sepatutnya melibatkan kerajaan negeri membeli empat syarikat konsesi — Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium Abass Sdn Bhd.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KeTTHA sebagai wakil Kerajaan Pusat telah memberikan kebenaran kepada Khalid untuk membeli syarikat-syarikat konsesi air tersebut. Sebelum ini kerajaan negeri telah pun membuat dua tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi tetapi telah ditolak.

Justeru itu, takkanlah seorang CEO yang "berjaya" tak tahu apa langkah seterusnya?

Khalid baru-baru ini telah menjemput TPM berbincang mengenai penyusunan semula air.  Nak bincang apa lagi?

Khalid masih "mengada-ngada" dan tidak mampu mencapai persetujuan dengan syarikat-syarikat itu, maklumlah harga tawarannya tidak diterima.   CEO yang begitu arif dalam dunia korporat patut tahu apa itu konsep "willing buyer willing seller".

Jadi, dengan mengajak TPM berbincang, adakah Khalid mahu memperkenalkan satu lagi konsep "baru" iaitu "willing buyer, seller to force sell".  Khalid tentu faham istilah penjualan saham "force sell", bukan?

Persoalannya, apakah wajar Khalid memaksa Kerajaan Pusat untuk campur tangan di dalam urusniaganya dengan syarikat-syarikat itu dan memaksa pemiliknya menjual syarikat-syarikat mereka mengikut harga kemahuannya?

Sebagai seorang tokoh korporat, takkanlah Khalid tidak tahu bahawa memaksa mana-mana pihak untuk menandatangani kontrak yang sah dengan kerajaan negeri, dan sekaligus menjual syarikat mereka kepada kerajaan negeri adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Pusat?

Kerajaan Negeri Selangor memiliki 30% saham di dalam SYABAS dan sudah tentu Ahli Lembaga Pengarah yang mewakili Khalid di dalam syarikat berkenaan tahu nilai sebenar syarikat konsesi air tersebut.

Lagipun, saham 30% milik kerajaan negeri adalah milik rakyat dan sudah tentu  rakyat Selangor pun mahukan harga yang berpatutan untuk saham mereka itu!

Sewajarnya, jika Khalid mahu membeli SYABAS dan tiga lagi syarikat konsesi air yang lain, dia patut berunding terus dengan mereka dan menggunakan kepakarannya sebagai tokoh korporat untuk mendapatkan "harga patut" bagi mencapai persetujuan urusniaga itu.

Selain itu, isu pembinaan loji Langat 2 dan urusniaga penstrukturan air itu adalah dua isu berbeza.

Loji Langat 2 adalah sumber air mentah alternatif bagi menampung permintaan air yang meningkat dimana ia merupakan kata kunci bagi memastikan rakyat Selangor tidak dilanda krisis air yang teruk pada tahun 2014.

Lagipun, loji itu perlu dibina segera memandangkan ia memakan masa sekurang-kurangnya empat tahun untuk siap dan apakah Khalid mahu melihat rakyat Selangor terus dilanda krisis air sebagaimana yang terjadi pada tahun 1998 dulu?

Saya rasa, sudah masanya Khalid mengenepikan ego politiknya demi memastikan kebajikan rakyat di Selangor terjamin dan menunaikan kewajipannya sebagai seorang pemimpin yang mementingkan rakyat berbanding diri sendiri.

Sekurang-kurangnya, jika Pakatan Haram kalah pada PRU ke-13 nanti sekali pun, tidaklah nanti nama Khalid menjadi "busuk" dan tidak menjadi kutukan "CEO paling tidak berguna" di kalangan rakyat Selangor zaman berzaman, kan?

Saya khuatir jika selepas ini terbit pula buku untuk Khalid berjudul "From CEO To The Most Disastrous Selangor's MB In History" dan digunakan musuh politiknya, Azmin Ali, untuk memaksanya "pencen" dari arena politik!

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012