Bajet Pakatan: Hasil Kurang, Belanja Tinggi, Masuk Akalkah?
September 27, 2012 · 38 Comments
SESIAPA yang ada kesempatan silalah lihat bajet 2013 Pakatan Rakyat yang diumumkan 'pakar ekonomi' lulusan sastera terkemuka negara, Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen semalam.
Atau kalau malas nak tengok, biar penulis berkongsi perkara mengarut yang disebut dalam bajet bayangan tersebut sebab penulis dah mengkaji. Ini memang dah kerja penulislah untuk mengkaji benda-benda tak berfaedah dibuat Pakatan haram ini untuk dijadikan modal penulisan.
Jangan orang kata kita hentam keromo saja, kondem tapi tak baca.
Baiklah, disebutkan bahawa bajet itu ada 7 teras utama – percayalah, ini hanya ayat nak bagi nampak gempak saja.
Sebetulnya ada satu teras saja, dalam bajet itu Pakatan haram ini menjanjikan semua yang murah dan percuma, dari harga petrol, harga makanan sehinggalah kepada pendidikan dan tol percuma.
Dalam masa yang sama 'kerajaan Malaysia' dibawah regim Pakatan haram ini akan kehilangan hasil yang banyak. Antara yang menyumbang kepada kehilangan hasil tersebut ialah, untuk menampung kenaikan royalti 20% kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu, menghapuskan hutang PTPTN, menaikkan subsidi kesihatan, makanan murah sampai kiamat dan sebagainya lagi.
Disamping itu, JANJI WAJIB iaitu menurunkan harga minyak akan menyebabkan peningkatan perbelanjaan kerajaan dalam jumlah yang banyak.
Difikir dari semua ini, dimana logiknya kerajaan negara ini mampu melaksanakan semua janji tersebut? Kalau dah hasil kurang, dari mana datang sumber alternatif untuk tampung kenaikan yang pelbagai.
Tapi macai jangan bimbang, jawapan kepada persoalan ini, Pakatan haram sudah sediakan awal iaitu meningkatkan kualiti tadbir urus, mengurangkan rasuah, tender tebuka dan bla, bla bla. Cuma masalahnya, semua yang disebutkan itu tidak boleh nak diukur dengan angka, jadi payah nak dijustifikasikan bagaimana semua itu mampu menampung kehilangan hasil kerajaan yang banyak ini.
Sudahlah tu, harga makanan dan harga petroleum yang banyak berkait dengan pasaran dunia ini akan turun kekal rendah selama-lamanya. Eh, mestilah selama-lamanya, kalau setakat kekal murah 5 tahun saja, baik tak payah kondem kerajaan sekarang bagai nak rak bila setiap kali naikkan harga minyak dan makanan.
Nak menampung penurunan ini bermaksud menaikkan subsidi aka perbelanjaan kerajaan. Duit keluar lagi, tapi hasil masuk kekal rendah, macam mana tu?
Sebetulnya bajet ini tidak dibuat berasaskan maklumat ekonomi yang betul, sebalik berdasarkan populariti dengan tujuan menarik minat rakyat untuk mengundi Pakatan haram ini. Justeru, apa pun perancangan yang tidak dibuat berdasarkan maklumat yang lengkap, ia bermaksud perancangan tersebut akan menemui jalan kegagalan.
Malah sekarang pun dah nampak banyak tak kena. Contohnya, cukai eksais kenderaan yang kata nak dihapuskan Pakatan haram ini (rujuk sini), sebenarnya hanya dikurangkan 20%. Maksudnya, dari kadar sekarang maksimum 105%, kurang 20% tinggal 85%.
Relatifnya masih tinggi lagilah, tapi dia gebang harga kenderaan akan berkurang dengan drastik. Drastik apa kalau setakat kurang 20%? Konon nak tiru macam negara luar, tapi negara luar mana ada duti eksais untuk kenderaan?
Nampak tak penipunya Pakatan Rakyat tu.
Pendek kata, bajet ini akan kekal bajet bayangan (tidak akan jadi kenyataan), sebab itu boleh boh apa sahaja asal sedap telinga mendengar. Macam manifesto Selangor 2008 lah, semua benda pun dia lambak dalam tu, tapi part execution, hanya satu (air percuma 20m3), itupun bukan semua merasa selain mutu perkhidmatan yang tak berkualiti.
By Adamyan
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments