PANAS : ANWAR DAN SURENDRAN CUAK APABILA FAYYADH DISOAL SIASAT...


Dua orang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa ketidakpuasan hati apabila pihak polis mula menyiasat dakwaan Fayyahd Afiq Albakqry, pengawal peribadi Anwar yang mendakwa ada cubaan membunuh Ketua Umum PKR semasa perhimpunan haram, 9 Julai lalu.

Semalam, Fayyadh Afiq dipanggil ke balai polis Jalan Travers untuk memberikan keterangan berikutan laporan yang dibuatnya minggu lalu.

Dia hadir ke balai polis pada jam 2.40 petang dengan diiringi dengan tiga peguam Anwar iaitu, Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri yang memberi keterangan selama hampir dua jam.

Latheefa ketika ditemui di perkarangan balai polis ditemui berkata, Fayyadh sepatutnya tidak perlu hadir kerana masih dalam tempoh rawatan. Namun, polis mengeluarkan notis 111 yang mengehendakinya untuk memberi keterangan.

Notis 111 kebiasannya diberi kepada mereka yang terlibat dalam kes jenayah.

Tapi, beliau tiada pilihan dan terpaksa memberikan keterangan dan kami datang atas asas notis tersebut. Polis macam tak boleh bersabar, kata Latheefa yang juga Pengarah Biro Guaman PKR seperti dilaporkan keadilandaily.com. Klik di sini

Selain Surendran, Sivarasa dan Latheffa yang merupakan aktivis PKR, Fadiah Nadwa Fikri adalah wakil satu pasukan peguam LFL (Lawyers For Liberty) yang pro Anwar.

Fadiah Nadwa sebelum ini dilantik menjadi peguam pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said yang pernah mendakwa kereta yang sering membawa Ketua Umum PKR itu telah disabotaj untuk tujuan yang sama.


Dalam kes Fayyadh, Fadiah Nadwa me! ngulangi apa yang telah didakwa oleh Surendran sebelum ini, iaitu Fayyadh terkena tembakan kanister gas pemedih mata yang kononnya dihalakan tepat kepada Anwar Ibrahim pada itu.

Fayyadh memegang tangan kiri Anwar dan beliau bergerak ke hadapan untuk menghalang peluru yang jelas dilihatnya menuju kepada Datuk Seri Anwar.

Malah Fayyad menyatakan beliau masih boleh nampak ada lagi kanister gas pemedih mata yang melepasi aras kepala mereka ketika kumpulan tersebut mengundur ke eskalator , katanya.


Pada 20 Julai lalu, Fayyadh dengan 4 orang peguam Anwar N Surendran, Latheefa Koya, Sivarasa Rasiah dan Fadiah Nadwa Fikri hadir Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (IPD) untuk membuat laporan polis mendakwa ada cubaan membunuh Ketua Umum PKR parti mereka.


Mereka (skuad penembak FRU) bertujuan menembak secara direct di kepala Anwar dengan salah satu kanister yang boleh membunuh. Kami mahu kes ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh, kata N Surendran yang juga Naib Presiden PKR.

Namun begitu kenyataan Surendran pada 20 Julai bercanggah dengan kenyataan Fayyadh yang pernah dibuat kepada Malaysiakini pada 12 Julai. Klik di sini

Semalam, Surendran turut bengang apabila polis turut menyoalsiasatnya ketika beliau menemani Fayyahd hadir ke balai polis Travers.

Selain Fayyahd, Surendran merupakan individu paling utama yang sering menjadi jurucakap untuk kes cubaan membunuh tersebut, malahan Naib Presiden PKR itu salah seorang yang berada di tempat kejadian pada tarikh yang didakwa berlakunya kejadian tersebut pada 9 Julai.

Seorang lagi individu yang berada di tempat ke! jadian a dalah Ibrahim Yaakub, Ketua Staff Pejabat Anwar di Seksyen 16, Petaling Jaya.

Surendran disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam di luar ibu pejabat polis Dang Wangi pada 20 Julai.

Saya telah dimaklumkan bahawa pihak polis membuat laporan terhadap saya berhubung dengan satu artikel (komen yang saya buat) dalam The Malaysian Insider yang menyatakan bahawa apa yang berlaku di jalan bawah KL Sentral (pada 9 Julai) adalah percubaan membunuh, katanya.

Walaupun disoalsiasat, naib presiden PKR itu tetap bertegas bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, lapor portal pro Anwar, Malaysiakini. Klik di sini

Sebelum ini AIDCNews pernah melaporkan punca kecederaan Anwar disebabkan beliau ditolak ketika berusaha melarikan diri dari kesesakan dan hiruk pikuk perhimpunan haram itu.

Rakaman video Reuters memberikan bukti bahawa keadaan ketika itu kelam kabut dengan peserta perhimpunan yang saling bertolakan antara satu sama lain.

Dalam rakaman itu tiada kelihatan pasukan spinner, skuad penembak tepat FRU seperti yang didakwa yang jelas kelihatan adalah para wartawan tempatan dan asing yang turut bersesak-sesak untuk merakamkan sudut terbaik untuk laporan media masing-masing.

Namun begitu video Reuters itu turut sempat merakamkan sebahagian aksi Anwar terjatuh ketika berada dalam kesesakan tersebut. Klik di sini







Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??