Nak Jadi KuLi Pakatan?
Terlalu banyak pembohongan dan taichi Anwar,terlalu banyak kegagalan beliau hingga menghakis kepercayaan gerembolan haprak pakatan terhadap "Anugerah Tuhan" yang mereka sendiri agung agungkan.
Jalan keluar harus dicari,kerana sebilangan besar pemimpin kanan haprak pakatan diberitakan telah diberi satu taklimat sulit tanpa kehadiran Anwar sendiri,taklimat ini dikhabarkan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku mengenai kes Anwar meliwat Saiful.
Terlalu banyak bukti yang sudah pasti pihak peguambela gagal pertahankan beliau.
Adalah tidak mengejutkan jika sudah ada cadangan untuk meletakkan seorang pemimpin de facto yang mampu memimpin pakatan seperti mana yang didedahkan oleh Yb Zahrin.
Ku Li dipelawa terajui pembangkang
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
ZAHRAIN Hashim mengadakan sidang akhbar mengenai Tengku Razaleigh Hamzah di Hotel One World, semalam.
PETALING JAYA 28 Julai Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, maklumat mengejutkan itu diterimanya pagi ini daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan telah menemui Ten! gku Raza leigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.
Saya terkejut menerima maklumat ini kerana tanpa disangka-sangka mereka tawarkan jawatan ini kepada seorang pemimpin lama UMNO. Saya penuh yakin dan percaya Tengku Razaleigh tahu tentang perkara ini.
Selain menjadi Ketua Pembangkang, saya percaya ini juga sebagai persediaan pihak pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Mereka amat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber bagi menggantikan Anwar, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.-utusan
Pisau kata " marcos raba budak perempuan?siapa marcos?"
Comments