MESTI BACA : NYAWA TERAKHIR ANWAR IBRAHIM.......
BEBERAPA hari lalu saya secara kebetulan menonton sebuah dokumentari mengenai kehidupan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan di televisyen. Antara kata-katanya yang menarik perhatian saya, berbunyi: Saya mempunyai masalah dalam kehidupan saya yang sebenar. Tapi saya tiada masalah dalam kehidupan saya yang bukan sebenar.
Ia membawa maksud kehidupannya sebagai pelakon lebih baik daripada kehidupan sebenar di alam nyata ini. Walaupun di alam nyata beliau kaya dan terkenal, tapi kehidupannya sebagai pelakon lebih bermakna. Ia juga bermaksud Shah Rukh Khan lebih selesa hidup dalam kepura-puraan. Dunianya penuh dengan fantasi dan imiginasi. Mendengarkan kata-katanya itu, saya merasakan Shah Rukh Khan perlu berjumpa dengan pakar jiwa segera.
Namun begitu, bukan pelakon saja yang mengalami masalah begitu. Orang biasa pun sama. Ahli politik pun sama. Oleh kerana itulah tidak hairan ada ahli politik kita yang terlalu suka mahu mendapatkan perhatian ramai, walaupun perbuatan itu mungkin boleh menyusahkan orang dan rakyat jelata.
Ahli politik sebegini bukan hanya ada di Malaysia saja, tapi di seluruh dunia. Malah dalam sejarah moden dunia, banyak orang yang seperti ini. Seperti Adolf Hitler, beliau ialah seorang pemimpin hebat. Kerana perbuatannya itulah dia menjadi terkenal sehingga ke saat ini.
Anwar Ibrahim juga terkenal. Ada orang pernah berkata dia mempunyai banyak (multiple) karekter. Karekternya berubah-ubah. Nyawanya pun banyak. Ada yang membuat teori Anwar ada sembilan ! (9) nyaw a, seperti nyawa kucing.
Pada tahun 1974 di zaman Tun Abdul Razak, dia membawa para pelajar membuat demonstrasi besar mendakwa rakyat Baling mati kebuluran. Hakikatnya tiada siapa pun yang mati mungkin tidak makan nasi, tapi ubi kayu ada untuk meneruskan hidup.
Akibat demonstrasi itu, pada 3 Disember 1974 bersama-sama Ibrahim Ali (kini panglima Perkasa) dia ditahan selama 2 bulan 60 hari dan kemudian dihantar ke pusat tahanan Kamunting selama dua tahun sehingga 1976. Putaran karekter Anwar ini berterusan selepas itu di zaman Tun Hussein Onn (15 Januari 1976).
Pada tahun 1978, Anwar menyokong Pas dalam pilihan raya Kelantan, yang kemudian berakhir dengan darurat. Pas diterajui Datuk Asri Muda kalah teruk. Pada zaman Tun Mahathir (16 Julai 1981), melihatkan Pas tak boleh pergi, Anwar beralih angin dan menyertai UMNO.
Difahamkan Anwar memasuki UMNO melalui beberapa pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Namun kemudiannya semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan cadangan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah yang diilhamkan oleh Ku Li didakwa oleh Anwar datangnya daripada ideanya sendiri.
Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga didakwa datangnya daripada cadangan Anwar, sedangkan ia adalah idea Tun Dr. Mahathir Mohamad. Begitu juga dalam politik UMNO, Anwar terkenal dengan tipu muslihatnya sehinggalah dia berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri, akhirnya.
Namun, selepas kes liwatnya dan bebas dari penjara selama enam tahun, dia bertemu dengan Ku Li dan mengajak Ku Li menyertainya dalam Parti Keadilan. Ku Li dijanjikan sebagai Perdana Menteri jika parti Keadilan menang dalam pilihan raya. Namun Ku Li yan! g sudah beberapa kali ditipu oleh Anwar semasa persaingan dalam UMNO, menolaknya.
Ku Li berkata cukuplah dia tidak mahu kena tipu lagi oleh Anwar, kata seorang orang kanan Ku Li yang enggan disebut namanya. SEMUA tentu tahu mitos yang mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak tak tahulah, yang pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.
Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin juga terangsang dengan kehebatan 9 nyawa yang dimiliki oleh kucing maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu untuk meraih simpati khalayak.
Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung untuk menyelamatkan nyawanya yang ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini. Ikuti urutan hikayat berikut untuk mengenali kehebatan Anwar yang dipercayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing.
1. Propaganda Tumbukan Ketua Polis
Anwar telah ditumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan dibunuh oleh pihak polis.
Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yang memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan! hanya s ekali tumbukan padu ini boleh dianggap ia kehilangan nyawa yang pertama bagi Anwar.
Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yang pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yang berlogokan sebiji mata sama seperti mata Dajjal. Innalillah.
2. Drama Keracunan Arsenik
Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah diracun dengan racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang Dr. Mahathir.
Wan Azizah, para pemimpin ADIL (sekarang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (sekarang Ahli Parlimen Bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak. Rambutnya kononnya gugur.
Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2nya itu.
Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.
Anwar yang masih hidup selepas setahun diracun dengan arsenik adalah ! Anwar ya ng memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebatkan.
3. Sandiwara Suntikan Darah HIV
Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pula dakwaan Wan Azizah suaminya telah disuntik dengan darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yang menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia 2 atau 3 tahun selepas itu dengan badan yang kurus kering dan berkudis-kudis.
Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yang mampu diungkapkan untuk nyawa ke-3 tersebut. Takziah untuk keluarganya.
Tanpa sebarang penawar atau ubat untuk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar untuk menggunakan talian hayatnya yang ke-4.
Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.
4. Lakonan Patah Tengkuk
Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah menguar-uarkan sepanjang perb! icaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel.
Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher untuk memperbetulkan kembali lehernya yang patah dan uratnya yang terkehel.
Secara umumnya dengan keadaan leher yang patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudah pun pergi meninggal jasad, Innalillah Akhirnya Anwar terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yang ke-5 untuk meneruskan kehidupan duniawi.
Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.
5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang
Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.
Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke mahkamah sambil melambai tangan kepada penyokongnya dengan menaiki kerusi roda yang disorong oleh pembantu ataupun isterinya.
Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara ! telah me nyemarakkan kemarahan khalayak yang menyokong bung Anwar.
Kisah Anwar yang terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 dipalu di gendang tiap masa walaupun di masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.
Nyawa Anwar yang ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 untuk kekal di jasad Anwar. Innalillah.
Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telah pun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman untuk pembedahan, tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan untuk bersalaman dengan penyokongnya yang menunggu di lapangan terbang.
Anwar kembali ke arena politik dengan nyawa ke-6 yang bertenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.
Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya dicemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan.
Rata-rata pesakit yang berjaya dibedah di serata dunia memerlukan 3 - 6 bulan untuk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah Tuhan yg komplikated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.
6. Hikayat Ancaman Bunuh
Tidak semena-mena hujan tidak ribut pun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 Anwar yang secara halusinasi yang tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.
Tika itu Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yang rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.
Demi menyelamatkan nyawanya yang ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam dari Quality Hotel di Shah Alam untuk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yang terletak di KL.
Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahyang ghaib untuk nyawa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yang sama.
7. Sabotaj Kereta Azizah
Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar untuk terus menghayati keindahan alam ini.
Kehebatan inspirasi yang dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat untuk para penjenayah cuba menggunakan method yang sama yakni menangguhkan sebanyak yang boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.
Namun di sebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dengan China Doll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.
Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar, perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 profesor di AS, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu meyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.
Pun demikian tidak tahan dengan asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah dicetak dalam bentuk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.
Bertiuplah angin-angin sepoi yang mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan berlaku eksiden mengejut yang cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.
Walaupun logiknya patut Wan! Azizah yang terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pula adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang untuk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi untuk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.
8. Demo Jalanan
Bersih 2.0, 09/07/2011 : Selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dengan pelbagai plot luar tabii melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yang ke-8.
Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yang paling lemah berbanding 7 nyawa yang lain sebelum ini. Nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakaratulmaut sehingga terpaksa terlantar di hospital dengan pelbagai tiub dimasukkan kedalam badannya.
Bukan setakat itu, Anwar terpaksa menjalani Cat Scan, MRI dan macam-macam ujian lagi. Dikhabarkan Anwar terkena tembakan FRU yang bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nyawa yang ke-8, memang bahaya.
! Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.
Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.
Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dengan kucing. Semua kita makhluk Allah SWT hanya ada satu nyawa dan satu jasad.
Namun fahamkah anda apa yang ingin disampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yang bernama Anwar Ibrahim yang memilik 9 nyawa?
Yup, tentu ramai yang faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dengan gerak geri lakonannya yang pasti mampu mengabui mata ramai penyokong taksub dan bebal.
Bagi kita yang faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara untuk menarik perhatian khalayak.
Benar seperti kata Ku Li: Saya tidak mahu kena tipu lagi...
Comments