PANAS : HADI AWANG TERKEJUT APABILA DAPAT TAHU NIK AZIZ CUBA MENIPU...??
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengambil sikap berdiam diri berhubung kenyataan EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menyangkal memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS ketika mengadakan pertemuan bersama kepemimpinan tertinggi parti itu, baru-baru ini. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan ketika ditanya mengenai Dr Hasan, sebaliknya hanya memberi isyarat tidak mahu memberi sebarang ulasan perkara itu selepas mengadakan kuliah Jumaat di sini, semalam. Sebelum ini, akhbar melaporkan Dr Hasan menafikan beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS mengenai kritikan terhadap dasar parti itu pada pertemuan bersama kepemimpinan tertinggi parti di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, di sini, baru-baru ini. Penafian itu sekali gus menolak kenyataan Nik Aziz bahawa Dr Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu! mengemu kakan permohonan maaf kepada pucuk pimpinan parti. Dr Hasan dilaporkan berkata, soal beliau turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepa...