Remy Ishak Bangga Adik Berjuang Hapus Penceroboh Sulu
Pelakon Remy Ishak berasa bangga apabila adiknya Lans Koperal Mohammad Fairul Azmi Ishak, 28, telah diamanahkan untuk menentang penceroboh Sulu di Lahat Datu, Sabah.
Foto instagram @remyishak Dari kecil aku jaga kau, tapi sekarang kau balas benda yg lebih besar dik. Kau jaga rakyat Malaysia. Kau jaga tanah air kita. kau jaga Malaysia. Kau Hero Malaya.
Remy, 31, berkata, sebagai abang dia telah memberikan kata-kata semangat terhadap adiknya yang bertugas sebagai anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban, Negeri Sembilan agar berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik selain menjaga keselamatan diri.
"Saya sempat bertemu dengan adik saya di Lapangan Terbang Subang pada Isnin lalu dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga rakan-rakannya yang lain yang terlibat dalam misi ini," katanya kepada mStar Online.
Remy berkata, dia tidak menyangka keadaan di Lahat Datu, itu semakin serius sehingga meragut nyawa anggota keselamatan negara dan juga pihak penceroboh.
Bagaimanapun kata Remy, biarpun agak bimbang dengan keselamatan adiknya, namun dia sedar bahawa Mohammad Fairul Azmi mengalas tanggungjawab besar dalam menyelamatkan negara daripada dicerobohi.
"Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.
Foto instagram @remyishak Yesterday. Peluang berjumpa dgn adik sebelum beliau berlepas ke Lahad Datu. Insyallah semuanya selamat.. Insyallah..
"Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap dia dan semua yang berada di sana selamat," katanya.
Kata Remy, biarpun sebelum ini adiknya pernah dihantar ke Lubnan selama setahun kerana menyertai misi tentera pengaman, perasaannya berbeza dengan keadaan sekarang.
"Dulu ketika dia dihantar ke Lubnan selama setahun saya tidak begitu bimbang tapi kali ini perasaan saya itu lain macam sikit kerana dia berjuang untuk negara sendiri," katanya.
Tambah Remy lagi, adiknya baru sahaja menamatkan zaman bujang awal bulan lalu dan baru mula bekerja semula selepas cuti berkahwin.
Katanya, dia sentiasa mengikuti perkembangan mengenai aktiviti pencerobohan yang berlaku di Sabah dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin tampa berlakunya lebih banyak pertumpahan darah.
Remy turut menzahirkan rasa hormat dan takziah terhadap beberapa wira negara yang terkorban dalam perjuangan menentang penceroboh negeri itu.
Dalam kejadian 12 Februari lalu, lebih 100 anggota kumpulan lengkap bersenjata dan berpakaian celoreng tentera yang dipercayai pengikut Sultan Sulu dari Filipina mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.-Mstar Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments