Laporan Terkini : Kampong Tanduo Bergegar... Operasi Tamatkan Penceroboh!
RANGKUMAN OPS SULU: 2.25 PM
02:25PM SERANG 8-Datuk Seri Zahid sahkan operasi guna tiga jet pejuang F-18 dan lima pesawat Hawk. Katanya operasi ini adalah jawapan ditunggu-tunggu rakyat ekoran pencerobohan
02:20PM SERANG 7-pada sidang media bersama Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Hishamuddin jam 2 petang ini, wartawan diberitahu operasi masih berjalan.Sahkan setakat ni tiada kemalangan pasukan kita
01:48PM SERANG 6-Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin baru tiba di Felda Residence, Felda Sahabat, Lahad Datu, jumpa KPN. Wartawan standby mungkin PC bila2 masa-Agendanews
12:48PM SERANG 5-Belum rasmi... tapi difahamkan pasukan keselamatan telah menguasai sepenuhnya Kg Tanduo. Penceroboh telah ditewaskan. Pengeledahan dari rumah ke rumah sedang dilakukan.
12:37PM SERANG 4-Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Tajudeen Wahab berkata bantuan pada 26 keluarga kampong dekat Kg Tanduo akan diberi.Jangan bimbang keselamatan Sabah
12:07PM SERANG 3-Datuk Ahmad Maslan sahkan 1,000 pekerja ladang Felda Sahabat di Kg E diberi cuti atas sebab keselamatan. Ada 5 ladang dekat Kg Tanduo
11:51AM SERANG 2-Kawasan operasi 4 kilomiter persegi. Masa operasi dapat tentangan musuh dgn tembakan. Ada juga operasi geledah rumah2 di Kg tandou
11:50AM SERANG1-Ketua Polis Negara(KPN) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT) baru buat PC.Operasi masih jalan. Belum ada jumlah maut/cedera. Pasukan kita OK
10:25 AM Serangan ofensif terhadap penceroboh di Lahad Datu diambil bagi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara memandangkan usaha untuk menggelakkan pertumpahan darah tidak diendahkan oleh musuh - PM Na! jib
10:18AM- PADA ucapan itu juga PM jamin kerajaan akan guna segala kekuatan yang ada untuk pertahankan kedaulatan negara
10:13AM - PM kini di himpunan bersama ulama-umara di Stadium Putra Bukit Jalil.Dalam ucapan kata pasukan keselamatan kini sedang usaha berkas penceroboh.
08:37AM - KETIKA INI tak nampak jet pejuang berlegar.Dipercayai buat ground attack.Seorang penduduk kampong ditemui kata ada penduduk sekitar lari takut. - Laporan Agendadaily
Berita Terdahulu:
Kumpulan Bersenjata Sulu Ditumpaskan Sepenuhnya, Kata Sumber Polis
Kedutaan Malaysia Di Manila Diserang
Gambar Dari Tempat Berhampiran Lokasi Serangan Di Lahad Data
Sidang Media Ketua Polis Negara Dan Sekitar Kawasan Pertempuran
Kenyataan PM Berhubung Serangan Lahad Datu
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments