Doa Khutbah Jumaat Untuk Bukan Islam Berpaksikan Dalil Umum?

Ahmad Tajuddin Idris al-Manhaji

Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu khatib mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada pemimpin bukan Islam di dalam khutbah jumaat di Pulau Pinang. Isu ini telah telah mendapat perbezaan di kalangan ulama di tanah air, ada yang melarang dan ada yang membolehkan.

Secara peribadi dalam isu ini, saya lebih cenderung kepada perkataan ulama yang melarang mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada bukan Islam. Kecenderungan saya ini bukanlah membabi-buta tetapi insya Allah akan disusuli dengan beberapa hujah untuk meluruskan beberapa perkara berkenaan isu ini.

Ada di kalangan ustaz yang membela perbuatan boleh mendoakan kepada bukan Islam dengan mendatangkan beberapa hujah dengan berdalilkan beberapa ayat al-Quran dan Sunnah baginda Nabi SAW.

Cuma apa yang hendak diingatkan ialah doa yang dilakukan oleh khatib tesebut adalah di dalam khutbah jumaat. Saya ingin bertanya kepada sesiapa yang berkenaan dalam membela isu ini apakah perbuatan mendoakan kesejahteraan dan rahmat di dalam khutbah jumaat kepada bukan Islam pernah di lakukan oleh Nabi SAW?, atau pernahkan dilakukan oleh para sahabat ?, apakah pernah dilakukan juga oleh para salaf?. Tentu jawapanya tidak.

Kalaulah demikian sifatnya, perbuatan yang dilakukan oleh khatib tersebut adalah perkara baru yang tidak ada contohnya dalam agama, dan setiap perkara baru yang diada-adakan dalam agama adalah bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu di dalam neraka. Kerana khatib tersebut telah megkhususkan sesuatu yang tidak pernah dicontohkan oleh Nabi SAW dan para salaf.

Memang benar Nabi SAW pernah meberi ucapan ‘assalamualaikum’ di dalam majlis yang dihadiri juga oleh orang bukan Islam. Hakikat ini bukanlah boleh dijadikan satu dalil dalam membolehkan untuk berdoa kepada bukan Islam di dalam khutbah jumaat. Bahkan ucapan salam Nabi SAW tersebut adalah umum, mungkin kita juga boleh berhujah bahawa ucapan salam Nabi SAW tersebut adalah khusus kepada orang Islam manakala yang bukan Islam tidaklah bermanfaat ucapan tersebut kepada mereka.

Kalau kita meneliti dengan mendalam, kita akan mendapati tidak pernah Nabi SAW mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada orang kafir dan musyrik dengan mengkhususkan ucapan salam dan doa rahmat kepada nama-nama tertentu dikalangan orang musyrik.

Bahkan kata Syeikh Ismail bin Marsyud ar-Rumaih di dalam kitabnya Jahalatun Nas Fid Du’a (kesalahan dalam berdoa, beliau berkata : “Mendoakan orang kafir agar diberikan rahmat dan pengampunan adalah diharamkan, dan barangsiapa yang melakukannya maka dia telah berdosa dan tidak akan dikabulkan doanya”.

Nabi SAW pernah berdoa kepada Allah SWT agar diberikan hidayah kepada orang kafir dan musyrik samada secara umum mahupun secara khusus dengan menyebutkan nama-nama tertentu, seperti mendoakan hidayah terhadap penduduk Thaif, berdoa agar salah seorang Umar memeluk Islam dan mendoakan hidayah untuk kabilah Daus(Sahih al-Bukhari,ad-Da’waat)

al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata : “ Sesekali Rasulullah SAW berdoa kepada Allah agar mereka dihancurkan dan kadang-kala beliau berdoa kepada Allah agar mereka di beri hidayah, saat Rasulullah mendapat tekanan yang sangat dahsyat maka beliau menempuh cara yang pertama dan apabila banyak beriman dan yang lainya diharapkan masuk Islam maka beliau berdoa kepada Allah agar mereka mendapat hidayat”. (fathul bari 6/126)

Ada juga golongan agama yang berhujah dengan kisah yang sahih bahawa ada sahabat Nabi SAW pernah meruqyah/jampi kepada orang yang bukan Islam yang terkena penyakit gila dengan al-Fatihah sehingga sembuh dan diberikan kepada sahabat 100 ekor kambing sebagai balasan. Kisah ini dijadikan dalil dalam membela bolehnya mendoakan kesejahteraan kepada mereka.

Perlu diberikan perhatian, kadang kala ada segelintir orang agama yang menggunakan dalil umum sebagai hujah untuk membela perkara yang khusus. Seperti ingin memaksa-maksakan dalil tersebut agar sesuai dijadikan hujah bagi membela isu agama yang ingin ia pertahankan.

Hakikatnya seperti dalam isu mendoakan orang bukan Islam di dalam khutbah jumaat ini, di mana untuk membolehkan perkara ini maka pelbagai dalil dan kisah yang tidak ada kaitan di dalam isu yang dibincangkan ini pun diguna pakai agar sesuai dengan selera dan pemahaman sendiri.

seperti menggunakan kisah ruqyah/jampi Nabi SAW tersebut sebagai dalil dan hujah untuk membolehkan doa kesejahteraan dan rahmat kepada bukan Islam. Sedangkan ternyata berbeza perbuatan dan maksudnya di antara ruqyah/jampi dan doakan kesejahteraan dan rahmat kepada bukan Islam. Di mana ruqyah dan jampi adalah permintaan kesembuhan penyakit fizikal manakala doa kesejahteraan dan rahmat bersifat agama dan tauqifiah.

Maka sekirannya teringin juga untuk mendoakan orang bukan Islam carilah orang yang sakit dikalangan mereka lalu ruqyahkan dan jampilah agar meraka sembuh, bukannya dengan menaiki di atas mimbar di hari jumaat yang khusus, di dalam khutbah yang khusus dan doa yang khusus pula untuk mereka.

Jika benar ada pendapat ulama yang membolehkan mendoakan rahmat kepada bukan Islam selagi meraka tidak mati dan tidak memusuhi Islam. Maka saya ingin membawa sebuah kisah di mana pernah ada seorang Yahudi yang ingin bersin lalu dia menghampiri Nabi SAW dengan harapan sesudah ia bersin Nabi SAW akan mendoakannya dengan doa ‘ yarhamukallah’ ( semoga Allah merahmatimu). Inilah doa yang Nabi SAW ajarkan kepada kita untuk mendoakan kepada orang Islam yang bersin.Tetapi Nabi SAW tidak mendoakan dengan doa ini, bahkan nabi mendoakan kepada Yahudi tersebut dengan doa ’yahdikumullah wa yuslihu balakum’ (semoga Allah memberi hidayah kepada kamu dan membaiki hati kamu. Hadis riwayat al-Bukhari.

Kisah ini membuktikan bahawa mendoakan rahmat kepoada orang bukan Islam tidak pernah dilakukan oleh Nabi saw secara khusus, kerana Nabi SAW menggantikan doa ‘yarhamukallah’ kepada ‘yahdikumullah wa yuslihu balakum’. Kalaulah boleh mendoakan rahmat kepada mereka tentu Nabi SAW tidak akan menggantikan doa tersebut.

Kisah ini juga membuktikan bahawa tidak ada masalah untuk mendoakan hidayah kepada orang bukan Islam samada ianya memusuhi Islam atau tidak memusuhi Islam. Mudahan-mudahan doa tersebut menjadi sebab Allah memberi hidayah Islam kepada mereka, pun begitu tidaklah juga Nabi SAW mendoakan hidayah kepada bukan Islam secara khusus di dalam khutbah jumaat, melainkan ianya hanya berlaku di luar khutbah jumaat.

Berhubung dengan doa Nabi SAW agar dikuatkan Islam dengan salah seorang Umar, perkara ini juga perlu diambil perhatian kerana dalam doa ini Nabi SAW secara terang-terangan memohon kepada Allah agar diberi hidayah kepada salah seorang Umar dengan disebutkan nama agar keislaman salah seorang dari mereka akan menjadikan Islam itu kuat.

Secara peribadi saya bersetuju agar setiap muslim mendoakan hidayah kepada orang bukan Islam yang boleh memberi manfaat kepada kekuatan Islam. Tetapi yang perlu diluruskan adalah janganlah memilih bulu untuk mendoakan hidayah individu bukan Islam dengan hanya beberapa orang sahaja, yang kelihatannya seperti ada agenda yang ‘bias’ kepada ideologi politik tertentu. Sekiranya ikhlas, kenapa tidak didoakan hidayah kepada pemimpin bukan Islam yang memimpin sebelum ini. Bahkan doakan juga sekali hidayah kepada pemimpin-pemimpin dan orang-orang kaya yang bukan Islam dengan disebutkan nama-nama mereka secara khusus, jika Allah memakbulkan insya Allah Islam akan kuat dengan ramainya orang bukan Islam menganut Islam. Malangnya, Sudah tentu perkara ini tidak akan dilakukan disebabkan fahaman sempit ideologi politik sendiri.

Saya juga bersetuju sebagai seorang muslim kita boleh berbuat baik kepada mereka dalam hal muamalat dan keduniaan seperti memberi sumbangan harta dan bergaul dengan mereka selagi mereka tidak memusuhi Islam seperti firman Allah, maksudnya : "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8)

Dalam ayat ini juga Allah mengingatkan kita agar tidak berteman rapat kepada orang-orang yang memerangi Islam dan orang Islam. Tetapi yang sedihnya, individu yang didoakan ini sudah kita maklumi ianya berada dalam parti yang secara terang-terangan menolak hukum Alllah agar tidak dilaksanakan di Negara ini

Apa yang kita khuatirkan, takut-takut kita terkena firman Alllah yang bermaksud : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113). “

Bukankah menentang hukum Alllah secara terang-terangan ini adalah satu kezaliman?! Bukankah kezaliman yang besar itu adalah syirik kepada Allah?! Seperti kata Luqman kepada anaknya “..Sesungguhnya syirik itu satu kezaliman yang maha besar”.(Surah Luqman : 13). Mana mungkin kita sewenang-wenangnya untuk cenderung kepada golongan yang membenci Islam dan syirik pula dalam beragama.

Bagi saya yang terbaik bukanlah mendoakan kebaikan kepada pemimpin bukan Islam seperti memerintah dengan adil, kesejahteraan kesihatan atau keamanan harta tetapi yang sebaiknya ialah kita berdoa mohon perlindungan kepada Allah agar dilindungi dari kezaliman dalam pemerintahan, perlindugan agar tidak ditimpakan bala akibat kesyirikan pemimpin dan perlindungan agar nikmat keamanan diri dan harta tidak ditarik akibat tidak dapat memilih pemimpin Islam. Beginilah Islam mengajar umatnya agar sentiasa memohon perlindungan kepada Allah dalam semua keadaan sebagai bukti pergantungan harapan dan bukti kebenaran Islam itu adalah agama rahmat kepada sekalian alam.

Saya juga menyeru agar khatib yang mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada pemimpin bukan Islam di dalam khtubah jumaat hendaklah segera bertaubat dan mohon keampunan kepada Allah dan membetulkan kembali kesilapan yang dilakukan agar kesucian Islam terjamin. Semoga Allah SWT mengampunkan kita semua yang beriman kepadanya.

Semoga sedikit nasihat saya ini kepada ustaz yang mempertahankan isu tentang bolehnya mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada bukan Islam dapat merenung kembali isu ini dengan seadil-adilnya, supaya kita tidak tersalah dalam mempertahankan kebenaran. Semoga Allah SWT memberi hidayatut taufiq kepada kita semua dan hendaklah sentiasa kita mengetahui bahawa agama itu adalah nasihat.

Ketua Biro

Belia dan Cinta Rakyat (CITRA)

Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU)

+++++++++++++++++++++++++++++

Isu Khatib , Wahyu Wali Selipar Masih Tak Turun


Sejak didedahkan perbuatan khatib yang mendoakan kesejahteraan kafir harbi semasa doa kedua khutbah Jumaat.Pas benar benar tenggelam punca dan hilang arah.


Setiap sanggahan dan dalil mereka menjadi serba tidak kena.Yang haram mahu dihalalkan mengikut selera sendiri.Hinggakan membangkitkan alasan alasan yang menyerlahkan kejahilan mereka.

Serban putih yang menutup kejahilan penjilat tegar Guan Eng ini menjadi lesen besar untuk mempergunakan platform agama melaksanakan kerja kerja menjilat Guan Eng.

Pisau melihat khawarij PAS kehilangan pedoman dek kerana wahyu wali selipar tidak turun turun semenjak bulan ramadhan.Kebarangkalian teman rapat wali selipar dikurung pada bulan ramadhan justeru untuk mendapatkan ilham demi menghalalkan cara demi mencapai matlamat terbantut.

Wali Selipar hanya memberi fatwa bersetuju mengenai DAP Berbogel didalam surau,tidak salah katanya.


Isu ini juga tidak mendapat sambutan daripada pemimpin PAS,terutamanya golongan ulama PAS. Yang kita semua tahu tidak akan menyokong kebatilan dan subahat didalam persekongkolan diantara puak liberal PAS dan DAP.

Hj Hadi mendiamkan diri,Bayangkan presiden PAS sendiri tidak memberi apa apa respon yang kelihatan juak juak haprak PAS terkinja kinja lebih sudu dari kuah.

PAS Pulau Pinang terkial kial menjawap permasaalahan ini demi menunjuk dan membuktikan mereka sama sama menjadi penjilat tegar DAP.Maka sudah menjadi tugas mereka pula mempertahankan yang salah menjadi benar .

Kebodohan PAS tidak berhenti disitu saja, walaupun menyedari Guan Eng Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah seorang rasis,chauvanist dan ultra kiasu mereka masih mengambil ketetapan untuk menjadi jalang hakiki habuan selingkohan penyedap DAP.


Maka dihalalkan gerak gempur DAP kesemua masjid dan surau di seluruh negeri Pulau Pinang.Ini kerana mereka diberikan tugas untuk membantu DAP mencemar rumah Allah dengan palitan najis politik gampangan yang terang terangan memperbodohkan orang melayu.

Pisau kata " PAS Jahil"

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012