Merdekakah Umat Islam Di Selangor?

1. Selamat menyambut hari Merdeka ke 53. Sambutan kemerdekaan kali ini yang berada dalam bulan Ramadhan sudah tentu memberi makna yang lebih besar kepada seluruh umat Islam di negara ini. Semoga kemerdekaan negara ini akan terus kekal sehingga kiamat.

2. Di kala kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh bermakna sebagai umat Islam, umat Islam di Selangor perlu bermuhasabah diri melihat apa yang berlaku sejak dua tahun lalu. Apakah ia merupakan apa yang diharapkan apabila berlaku perubahan pentadbiran negeri ini?

3. Apabila Parti Islam seMalaysia (PAS) menjadi sebahagian pentadbiran negeri Selangor, kita tentulah beranggapan isu-isu agama Islam akan lebih baik daripada ketika berada di bawah Barisan Nasional. Ramai yang berharap Pas akan melaksanakan pentadbiran Islam yang jauh lebih baik daripada UMNO seperti mana yang mereka laung-laungkan dalam ceramah mereka.

4. Justeru apabila Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dari DAP dijemput menyampaikan ucapan dan bantuan dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang ketika solat terawih, ia menimbulkan seribu satu tanda tanya. Bukankah sepatutnya imam tersebut yang menyampaikan tazkirah kepada Teo?

5. Ramai yang cuba mempertahankan tindakan ini kerana politik kepartian bukannya kerana mahu mempertahankan maruah dan martabat umat Islam di negara ini. Mereka hanya memetik pandangan pelbagai ulama terdahulu seputar isu sama ada boleh atau tidak bukan Islam masuk ke dalam masjid. Tidak pula diperbahaskan boleh atau tidak bukan Islam dipanggil memberi ceramah dan ucapan serta menyampaikan bantuan ketika umat Islam mengadakan solat terawih berjemaah.

6. Saya tidak akan bercakap soal hukum hakam dan adab bukan Islam masuk ke dalam masjid kerana ia telah diperbahaskan oleh imam-imam besar terdahulu yang jauh lebih hebat dan berilmu berbanding ulama-ulama Pas hari ini. Cuma sepengetahuan saya tiada dalam perbahasan tersebut dibincangkan tindakan bukan Islam masuk menyampaikan ucapan dan bantuan ketika waktu solat berjamaah. Ini bermakna or! ang Isla m dahulu yang sesetengahnya jauh lebih miskin dari orang Islam di negara ini pun tidak sanggup menggadai maruah mereka sedemikian rupa.

7. Seterusnya, apakah di bawah pentadbiran baru ini Masjid dan surau menjadi begitu daif dan miskin sehingga kerana bantuan dan sumbangan yang tidak seberapa mereka sanggup membenarkan pemimpin bukan Islam dari parti DAP masuk ke dewan solat dan menyampaikan ucapan dan bantuan waktu solat terawih.

8. Saya melihat dari sudut maruah, moral dan integeriti masjid dan surau di Selangor hari ini. Di mana maruah kita sebagai umat Islam apabila terpaksa membenarkan bukan Islam masuk ke dalam dewan solat menyampaikan ucapan ketika solat terawih hanya semata-mata untuk mendapat bantuan dan sumbangan?

9. Ramai umat Islam boleh menerima jika majlis tersebut diadakan di perkarangan Masjid dan surau dan diadakan di luar waktu kita menyempurnakan ibadat. Saya percaya ramai juga boleh menerima jika wakil rakyat bukan Islam ingin melawat masjid dan surau serta meninjau ke dalam dewan solat atau mahu mendengar tazkirah oleh imam.

10. Namun bagi bukan Islam menyampaikan bantuan dan ucapan ketika solat terawih di dalam dewan solat adalah sesuatu yang sangat luar biasa dan "luar tabie". Ahli Parlimen tersebut boleh sahaja menyampaikan sumbangan tersebut ketika berbuka puasa atau sebelumnya. Namun beliau memilih waktu solat terawih kerana ingin menunjukkan sikap angkuh dan biadap DAP. DAP seolah-olah mahu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa hari ini orang Islam sanggup berbuat apa sahaja hanya untuk menerima bantuan daripada mereka.

11. Alangkah anehnya pada awal Ramadhan yang lalu ada Masjid di Selangor yang enggan membenarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan majlis berbuka dan solat terawih bersama mereka. Mereka menghalang saudara segama mereka hanya kerana berlainan parti. Namun sanggup membenarkan bukan Islam dari parti yang dilihat banyak menentang isu-isu agama Islam berucap ketika tazkirah solat terawih.

12. Inikah! erti ke merdekaan baru kepada kita umat Islam di Selangor?

13. Mungkin ini makna sebenar kemerdekaan kepada Pas. Merdeka dari sebuah parti yang memperjuangkan Islam secara "keras", hingga sanggup mengkafirkan saudara segama kerana berbeza parti, kepada sebuah parti Islam yang sangat liberal dan terbuka. Keterbukaan Pas sangat menakjubkan sehingga sanggup membenarkan pemimpin bukan Islam dari sebuah parti jelas menentang kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam memberi ceramah dan bantuan dalam dewan solat.

14. Mungkin inilah erti kemerdekaan kepada Pas Selangor. Namun ramai umat Islam muslim di Selangor berasa sangat terhina kerana ada saudara segama sanggup merendahkan martabat Islam sehingga sedemikian rupa kerana ganjaran dunia yang tidak seberapa. Jika mahu menerima sumbangan dari bukan Islam pun buatlah di perkarangan masjid dan surau sahaja.
Letter & Opinion From Joe Public

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012