Waktu rebut rampasan perangdan nobat pewaris takhta PKR
Siapa tahu baca politik Datuk Seri Anwar Ibrahim akan faham mesej tersirat beliau kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang digugurkan jawatan Pengerusi PKR Selangor petang Ahad.
Ia tidak lain tidak bukan proses pembersihan Khalid dari parti itu sama seperti yang dilakukan Anwar terhadap bekas Ahli Parlimen PKR Bayan baru,Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Cuma dalam kes Khalid, beliau berdepan dengan Azmin Ali panglima perang Anwar paling kanan dan paling lama dalam PKR.
Akibatnya, Khalid kena serah jawatan pengerusi PKR Selangor pada Azmin.
Macam mana Khalid tanpa kuasa politik yang jadi platform penting menggerakkan tugasnya sebagai Menteri Besar?
Sebab itulah, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin yang tahu cara politik Anwar menasihati Khalid, supaya sedar bahawa beliau kini sudah jadi liabiliti kepada Ketua Umum itu dan PKR.
Ini isyarat jelas pada Khalid. dia dah jadi liabiliti. Siapa baca politik Anwar, tahu.. Kami semua dah lalui, kami tahu ini proses pembersihan. Khalid, kalau tak nampak, elok tengok baik-baik, katanya.
Beliau berkata demikian kepada Agendadaily ketika mengulas rombakan terbaru dalam kepimpinan PKR membabitkan Khalid., Azmin serta Datuk Zaid Ibrahim yang dilantik Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.
Zulkifli yang dipecat dari PKR bukan sahaja bekas rakan karib Anwar dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail malah pernah jadi peguam kepada Ketua Pembangkang itu.
Katanya, Anwar pandai bermain politik kerana beberapa minggu lalu beliau memuji Khalid tinggi melangit kononnya seorang pemimpin berwibawa, boleh dipercayai dan sebagainya.
Sekarang mesej yang diberi pada Khalid (digugurkan jawatan Pengerusi PKR Selangor), bahawa beliau tak ada sokongan politikkena pergilah, katanya.
Beliau tidak nampak kenapa jawatan politi! k yang p enting itu perlu dicabut dari Ahli Parliman Bandar Tun Razak serta ADUN Ijok itu.
Apa yang saya nampak adalah percaturan politik ..ini semua tak ada manfaat dan tak bawa kebajikan pada rakyat Selangor, ujarnya.
Dakwa Zulkifli apa yang berlaku di negeri itu lebih kepada politik merebut rampasan perang.
Dalam pemikiran mereka, Selangor tak boleh tahan lama. Apa saja yang boleh pulun, mereka pulun. Ini sedang berlaku. Mereka berebut rampasan perang, katanya.
Mengulas pelantikan Zaid sebagai bos PKR Wilayah Persekutuan pula, beliau melabelkan Penyelaras Pakatan Rakyat itu sebagai pewaris yang diterima Firaun-Firaun disekeliling Anwar.
Zaid yang diharap akan warisi Anwar. Bukan kerana hebat berpolitik tetapi Zaid sahaja yang diterima Firaun-Firaun. Mereka kena takhtakan Zaid Ibrahim, katanya lagi.
Zulkifli percaya ramai pemimpin dan ahli parlimen PKR kecewa dengan apa berlaku dalam parti itu kebelakangan ini apabila tidak lagi berjuang ikut reformasi yang asal.
Ini nasihat Zulkifli kepada rakan-rakannya yang masih dalam PKR, Tinggalkan PKR yang akan mati. Mari bersama kami dalam Konsesus Bebas.-Agenda Daily
See What Pakatan Rakyat Gotta Say?
Comments