Khairy Cabar Anwar Kemuka Bukti, 48 jam.
Semalam kedengaran Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membuktikan segala tuduhan beliau terhadap apa sahaja isu yang cuba ditimbulkan kebelakangan ini dalam masa 48jam.
Dalam satu sidang akhbar, Khairy menegaskan cabaran beliau terhadap Anwar Ibrahim mengenai tuduhan terdapat pemberian tunai sebanyak RM2 juta seorang kepada ahli-ahli PKR yang melompat keluar dari parti itu adalah satu fitnah dan mainan politik Anwar yang cuba mengalihkan masyarakat umum tentang penglibatan beliau dengan kes liwat yang dihadapinya sekarang ini.
Sementara itu, Senator Dewan Negara Ezam Md.Nor berkata, Anwar Ibrahim tidak akan dapat membuktikan apa-apa sahaja tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kerana ramai dikalangan rakan-rakan PKR sendiri mengetahui rentak mainan Anwar yang penuh provokasi semata-mata.
Usahkan 48jam, 24 tahun pun belum tentu Anwar dapat buktikan tuduhan beliau adalah benar.. ujar beliau ketika ditanya mengenai cabaran Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin semalam.
Comments