Syarat sah Solat Jumaat dan Soalan tentang Ruqyah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh wahai tuan...
nama saya Malek dan saya mempunyai 2 permasalahan...persoalan pertama tidaklah besar cuma sekadar mengganggu pikiran setiap kali tibanya waktu Solat Jumaat...begini persoalan sy...apakah yg dikatakan sebagai syarat sah solat jumaat kerana ada masanya, saya hadir solat jumaat tepat pada waktu imam membacakan doa khutbahnya dan saya tidak sempat mendengar khutbah sehingga habis...adakah sah solat jumaat sy?
persoalan yg kedua melibatkan satu penyataan iaitu Tiada ruqyah melainkan untuk penyakit Ain dan sengatan binatang bisa. Bukhari (no: 5378) dan Muslim (no: 220). (dipetik dari blog khalifahgayong.wordpress.com)...jadi, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai RUQYAH itu?
segala kerjasama dari pihak tuan amatlah sy hargai...
***************************************************************************
Wa'alaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saudara Malek,
Menurut hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda :
" Barangsiapa yang membersihkan dirinya dengan mandi junub atau mandi sunat Jumaat, kemudian memakai pakaian nya yang terbaik, berwangi wangian dengan haruman yang sah dipakai, bersisir dan mengemaskan diri sebaik mungkin kemudian melangkah menuju ke masjid pada awal awal waktu ~ anggaran sejam sebelum azan , maka para malaikat yang menunggu di pintu pintu masjid akan menulis didalam buku amalan nya ganjaran pahala baginya seumpama ia telah berkorban se ekor unta kerana Allahu Ta'ala.
Barangsiapa yang tiba kemudian dari awal waktu (~ 45minit sebelum azan) maka para malaikat akan menulis pahala baginya seumpama ia telah berkorban dengan se ekor lembu di jalan Allahu Ta'ala.
Barangsiapa yang tiba kemudian dari waktu itu ( ~ thirty minit sebelum azan) maka pahala baginya ditulis seolah ia telah berkorban dengan se ekor kibash @ kambing dijal! an Allah .
Sekiranya seseorang itu sampai kemudian dari waktu itu (~ fifteen minit sebelum azan), maka para malaikat Allah akan menulis ganjaran pahala bagi jemaah itu pahala seperti ia telah berkorban dengan se ekor ayam demi Allahu Ta'ala.
Sekiranya seseorang itu tiba semasa azan sedang berkumandang, maka pahala baginya hanya seperti ia telah bersedekah dengan sebiji telor ayam di jalan Allah.
Apabila khatib mulai berkhutbah, maka para malaikat Allah berkenaan akan menutup buku catatan mereka dan beralih menghadap tuan khatib tersebut dan mendengar serta menghayati intipati khutbah yang disampaikan."
Hadith # 494, Bab 11. Mukasurat 263 Kitab Jumaat, Sahih Al-Bukhari.
Pengajaran dari hadith ini adalah sekiranya kita tiba ke masjid semasa Khatib sudah mula berkhutbah, maka segala tahap tahap ganjaran pahala yang disabda oleh Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam tidak akan kita perolehi.
Solat Jumaat kita sah tetapi tak ada bonus pahala pahala istimewa tersebut yang akan dicatatkan oleh para malaikat Allah yang bertugas merekodkan kedatangan atau kehadiran kita ke masjid pada waktu Jumaat tersebut.
Kira seperti catatan 'hadir sahaja' tetapi tak dapat 'claim bonus points' pada waktu waktu yang disebutkan tadi. Tak ada 'early birds special'.
Apatah lagi kalau kita sampai, jamaah dah siap bagi salam.
'Khalas!' No more points for us. Malaikat dah tutup register. Hadir tetapi tak masuk senarai jamaah Jumaat.
Jawapan kepada soalan kedua tuan:
Ruqyah itu adalah usaha mengubat penyakit bawaan hasad dari pandangan dengki dan kebencian manusia yang bermusuhan atau berdendam kesumat dengan kita.
Ruqyah itu adalah perkataan didalam Bahasa Arab yang membawa maksud berikhtiar membaca ayat ayat penyembuh dari Kitab Suci Al Quranul Karim yang juga dikenali sebagai Ayatus Syifa'.
Ayat ayat Syifa' ini jika dibaca oleh Mukmin yang faham akan erti dan intipati maksud ayat ayat Suci Kalamullah ini dan ! meletakk an harapan ikhlas dan suci akan zat penyembuhan dari Qalam Allahu Ta'ala ini, Insya Allah akan menyembuhkan barangsiapa yang diserang secara halus oleh musuh musuh ia dengan cara ilmu hitam ~ sihir yang ditujukan kepadanya atau sesiapa sahaja yang berkenaan dengan perantaraan jin, syaitan dan iblis Laknatullah untuk menyakitkan atau memudaratkan simangsa tersebut dengan cara rasukan atau memusnahkan ketahanan ruh mangsa itu.
Contoh contoh Ayatus As Syifa adalah :
Surah Al Fatihah Surah Al Ikhlas Surah Al Falaq Surah An Nas Ayatul Kursi Ayat 1 hingga 9 dari Surah Yasin Saya sarankan tuan mencari buku karangan Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din ' IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT dengan Ayat Ayat dan Doa Doa Mustajab.
Terbitan Darus Syifa. RM15 senaskhah.
Sesuai dijadikan panduan penyembuhan secara Ruqyah Islami.
Insya Allah.
Sila layari laman ini juga :
http://www.islamawareness.net/BlackMagic/ruqyah.html
Sila rujuk juga kepada video video dibawah:
http://www.youtube.com/watch?v=RVT5zPJroAs http://www.youtube.com/watch?v=biqjrhCuAaY&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=0OHHWagJ6mY&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=JdJuc2dQku8&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=eJ1_Uac-ydo&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=SNzgnbJg8dQ&feature=related Insya Allah, jika tuan amalkan sekelian pembacaan ayat ayat Syifa' tersebut dan membaca ayat ayat tersebut samada dihembuskan kepada kedua telapak tangan tuan didalam keadaan tuan masih suci dan berwudhu' , sapukan ke atas ubun ubun tuan atau hembuskan kepada sipesakit dan yakin seyakin yakinnya kepada kuasa penyembuhan dengan izin Allahu Rabbi, maka Insya Allah orang yang ingin disembuhkan itu samada tuan sendiri atau sesiapa yang lain akan sembuh ! dari gan gguan makhluk makhluk halus yang memudaratkan secara batin.
Saya sendiri pernah membaca Ayatus Syifa' berkenaan kepada kaum keluarga saya dan orang yang diganggu secara halus ini dan berjaya menghalau jin dan syaitan yang merasuk atau mengganggu mereka!
Alhamdulillah!
Saya doakan tuan berjaya.
Insya Allah.
La haula wala quwwata illa billah hil aliyyil adzhim!
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Abdillah.

Comments