PANAS BERAPI! MUHYIDDIN PUN DAH MULA SOAL PENDIRIAN PAS! BILA PAS NAK JAWAB NI?


Bukan aku saja malah TPM pun dah sound kat PAS tentang pendirian mereka tentang Islam ni, yalah sekejao tukar dari nak tubuhkan negara Islam ke negara kebajikan, sekejap marah pasal isu murtad pastu ubah pulak tak sokong persatuan lain yang menentang murtad macam Himpun tu, terbaru mereka diamje Anwar sokong Israel.

Tang mana islamnya PAS ni...??

PAGOH, 29 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Pas menjelaskan tuduhan berhubung larangan kepada anggota parti itu untuk menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).Beliau berkata kepimpinan Pas perlu menjelaskan tuduhan atau kecaman yang dibuat bekas exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hassan Ali itu supaya rakyat mengetahui hakikat sebenar mengenainya sekaligus membuat penilaian.

"Soal akidah ini adalah soal yang penting dari segi Islam tetapi kalau bekas pemimpin Pas berani mengatakan ramai anggota parti itu tidak berpandu soal akidah, maka masyarakat Islam perlu membuat penilaian."Kalau betul itu tuduhan yang berat maka Pas juga harus tampil ke depan untuk menafikan. Dr Hassan Ali adalah seorang yang berilmu dan tentu ada sebab yang kukuh mengapa beliau berkata begitu. Kalau Pas tidak setuju, maka Pas boleh tolak," katanya selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Zon Sungai Terap/Sungai Raya, di Bukit Pasir, di sini, hari ini.

Hassan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor semalam menyifatkan kepimpinan parti itu sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada murtad.Menurutnya adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

Timbalan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata pimpinan Barisan Nasional (BN) juga sentiasa memerhatikan perkara seumpama itu dan begitu juga dengan rakyat."Apa matlamat Pas dan apakah pemimpin Pas benar-benar Islam atau Islam hanya kulit atau sebagai luaran sahaja. Ini harus diberi penilaian semasak-masaknya oleh o! rang Isl am dan bukan Islam di negara kita," tegasnya

Sumber: Perak Today

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012