Orang Melayu itu Sengal

Saya jarang melihat orang bukan Melayu menonton filem Melayu, atau filem bangsa lain, berbanding orang Melayu menonton semua filem tidak kira filem bahasa apa sekalipun. Virus filem korea sedang melanda. Walaupun kita tidak faham bahasanya, sama seperti cerita Hindi, air mata berlinang dan ada yang menangis teresak-esak. Itulah orang Melayu, semua boleh, Malaysia boleh. Identiti sendiri hilang entah ke mana. Malah kita bangga beramal dengan identiti orang lain.

Pengalaman menaiki pesawat Air Asia buat kedua kalinya begitu menarik perhatian, mendorong saya menulis artikel ini dan terpaksa menangguhkan artikel mengenai Hasan Ali. Saya tercari-cari di manakah identiti Malaysia berbanding dengan menaiki pesawat Thailand, Indonesia, China, Jepun dan sebagainya yang begitu terpancar kesiaman, keindonesiaan, kechinaan, kejepunan dan lain-lain negara yang tidak perlu disebut. Tidak perlu sampai ke destinasi negara tersebut, memasuki pesawat mereka sudah terasa seolah-olah berada di negara mereka.

Tetapi keadaan ini sukar dirasai apabila menaiki pesawat MAS, Air Asia, Firefly dan Berjaya Air. Nama pesawat itupun sudah tidak mencerminkan identiti. Mungkin nama firefly tidak seglamour nama kunang-kunang atau kelip-kelip. Sebab itulah nama majalah kunang hanya bertahan beberapa bulan sahaja.

Lihat pula pada pakaian mereka, terpancar identiti negara? Lebih meloyakan apabila melihat pakaian pramugari mereka. Peliknya, pakaian pramugara berlengan panjang dan seluar labuh hingga ke bawah buku lali kaki. Sedangkan wanita yang sepatutnya sedemikian, terbuka seluas-luasnya paha dan dada yang montok. Mungkin ada yang berkata, itu pesawat kepunyaan bukan Islam, suka ha! ti merek a nak apa buat yang mereka suka. Persoalan di mana dasar dan agenda kebangsaan? Berapa ramai orang Melayu yang duduk dalam kerusi lembaga pengarah pesawat tersebut? Di manakah hati Melayu mereka? Hilang sudahkah jati diri?

Membaca majalah dalam pesawat yang bertajuk 3Sixty (Air Asia) dan Going Places (MAS) turut menyakitkan hati. Tidak adalah sepatahpun bahasa Melayu digunakan kecuali satu sahaja artikel dalam majalah Going Places. Sekurang-kurangnya biarlah tajuk majalah tersebut mempunyai identiti kebangsaan seperti majalah Kris dalam pesawat Singapura (SIA). Walaupun Kris itu bukan perkataan Melayu, tetapi saya masih beranggapan perkataan Kris itu mungkin berasal dari nama Keris.

Tidak mengapalah menjadi Kris, paling tidak ada juga bunyi Melayunya. Tetapi bukan 3Sixty atau Going Places. Pesawat mereka terus membuat keuntungan dengan identiti kebangsaan. Begitu juga dengan Thai Airways dengan perkataan Sawadee. Pendek kata, agenda kebangsaan dan jati diri sentiasa diperkasakan. Bukan seperti kita, bila berbahasa Melayu, kalau boleh mahu diInggeriskan.

Untuk makluman, beberapa kali percubaan telah dibuat oleh kerajaan Singapura untuk menukar lagu kebangsaan dan cogan katanya "Majulah Singapura" tetapi gagal. Begitu juga koman (command) tenteranya masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Perkataan seperti senang diri, sedia, ke kanan pusing, ke kiri pusing, dari kiri cepat jalan, dan berhenti masih digunakan. Malangnya, di kalangan negara lain gagal untuk menukar identiti yang telah bertahan sekian lama, kita dengan mudah sahaja menukar identiti tersebut.

Bayangkan jika selepas ini ultra kiasu yang memerintah, apakah identiti yang semakin hilang akan terus pupus. Ultra kiasu sedang memancing orang Melayu untuk menyertai parti mereka. Ramai yang telah terpengaruh. Apa akan terjadi jika ramai Melayu menjadi sebegini. Saya amat hairan kenapa sehingga ke hari ini kita tidak mempunyai polisi atau dasar yang mengikat agar identiti kebangsaan diperkasakan dan digunakan secara melua! s.
Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Belajarlah daripada pengalaman dan sejarah. Tercabutnya identiti Melayu dan Islam apabila kuasa raja-raja Melayu ditarik melalui pindaan perlembagaan. Dahulu, sebelum pindaan, raja-raja Melayu kebal. Raja adalah payung mahkota, pelindung agama, bangsa dan negara. Namun, setelah pindaan dilakukan, raja hanya berfungsi sebagai simbol.

Orang Melayu sendiri sudah berani mempertikaikan raja. Kita ubah identiti zaman berzaman, akhirnya fungsi raja semakin kecil. Kekebalan raja telah hilang. Agama Islam dan bangsa Melayu belum tentu dapat dilindungi sepenuhnya berbanding dahulu. Ingatlah, bila identiti itu telah hilang, amat sukar sekali untuk dikembalikan semula.

Sumber: Ridhuan Tee


Kan betul aku cakap orang melayu ni sengal hahahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012