Bola, Cuti, Menteri Dapat Gaji, Majikan Boleh Mati
A Kadir Jasin
TAHNIAHLAH kepada pasukan bola sepak kita kerana menang Piala AFF Suzuki lawan Indonesia.
Malaysia menang agregat 4-2. Indonesia menang pusingan kedua di Jakarta 2-1 tetapi Malaysia kalahkan Indonesia 3-0 di Kuala Lumpur Ahad lalu.
Kita semua berbangga. Kita semua gembira.
Tapi adalah Piala itu begitu hebat sehingga negara perlu diberi cuti umum?
Bagi kerajaan oklah. Tutup sehari dua, no problem.Gaji jalan dibayar oleh pembayar cukai.
Tapi siapa nak bayar gaji pekerja swasta yang cuti? Jawabnya majikan swastalah. Tapi mereka tak ada produktiviti dan yang buka juga perniagaan, kena bayar overtime.
Adakah Kementerian Kewangan akan bagi pampasan kepada majikan swasta yang hilang produktiviti dan lepas itu kena bayar overtime pula?
Inilah susah bila menteri jadi menteri tetapi tidak pernah rasa susah payah jadi majikan swasta, apatah lagi majikan industri kecil dan sederhana (Ikas).
Pekerja memanglah seronok. Tak payah kerja. Gaji jalan. Tapi majikan nak dapat duit dari mana? Cukai nak kena bayar. Sewa kilang dan pejabat nak kena bayar. EPF jalan.
Kalau masa jalan-jalan,pekerja kemalangan atau jatuh sakit, majikan juga yang kena bayar medical.
Ah, Malaysia negaraku, negara cuti, negara relaks tapi nak jadi negara produktiviti tinggi, pendapatan tinggi. Apa dah jadi dengan KPI bapa-bapa dan ibu-ibu menteri?
Mimpi atau realiti?
See What Pakatan Rakyat Gotta Say?

Comments