Antara hak asasi dan mazhab rasmi negara Mohd Aizam Masod

December 31, 201031 DIS Malaysia adalah negara Islam berasaskan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan ASWJ dari segi akidah, syariah dan akhlak. Kedua, memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri berhubung hukum syarak bagi menyelaraskan takrif hukum syarak atau undang-undang Islam yang berasaskan pegangan ASWJ dari segi akidah, syariah dan akhlak.Penetapan dasar ini sesuai dengan konsep maqasid syariah yang meletakkan objektif pertama adalah memelihara agama. Dalam konteks sebuah negara, tanggungjawab memelihara keluhuran dan kesucian agama terletak di bahu pemerintah. Di sini, kerajaan Islam berperanan menjalankan prinsip hirasat al-din wa imarat al-dunya (pemeliharaan agama dan pembangunan duniawi) berteraskan siyasah syariyyah.Sebagai pengikut ASWJ, kita haruslah memahami bahawa penetapan ASWJ sebagai mazhab rasmi negara bertujuan memastikan kesucian akidah dan syariah Islam dapat dipertahan, dibela dan dipelihara. Ia tidak sekali-kali bertujuan menindas mana-mana pihak. Namun, timbul desas desus kononnya dasar ini menyekat dan mengongkong hak asasi individu Muslim bagi menganut satu- satu fahaman, ajaran atau kepercayaan di luar konteks ASWJ.Permasalahan ini bertambah rumit apabila ia dijaja bersama slogan-slogan keramat seperti hak asasi, keadilan, kesaksamaan dan demokrasi tulen. Penulis berpendapat, fenomena ini muncul apabila masyarakat moden mula memperkatakan soal pembentukan masyarakat sivil yang sering dikaitkan dengan pilihan, kebebasan dan tanggungjawab individu. Dalam tradisi Barat, kumpulan-kumpulan sukarela, pergerakan sosial, media massa dan lain-lain, institusi bukan kerajaan dapat berfungsi tanpa kawalan kerajaan. Dengan itu, masyarakat sivil menjadi middle bagi rakyat membahaskan apa juga isu termasuk isu-isu sensitif sehingga membabitkan kesucian agama.Dalam konteks negara Islam, sudah tentu konsep masyarakat sivil yang dicanang ole! h pemiki ran Barat itu menyalahi konsep kebebasan beragama dan bersuara yang ditetapkan oleh Islam. Nilai-nilai demokrasi liberal Barat apabila diterapkan dalam semua aspek kehidupan akan menjerumuskan manusia menjadi makhluk yang berfikir dan berbuat apa sahaja tanpa batasan. Bukan sahaja dalam soal-soal keduniaan, malah sehingga mempertikai dan menceroboh kesucian agama yang dianutinya sendiri.Itulah kesan nilai-nilai hak asasi sekular-liberal Barat yang amat bahaya sekiranya dibiar dan tidak diawasi oleh pihak pemerintah. Di peringkat antarabangsa, perjuangan menuntut hak asasi sememangnya telah menjadi agenda suci. Ia bermula dengan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (PHAMS 1948). Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Antara komuniti dunia terkuat yang mendukung perjuangan hak asasi ialah masyarakat Eropah sehingga mereka memaktubkan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota komuniti Eropah.Keghairahan dunia Barat memperjuangkan hak asasi menyebabkan mereka lupa bahawa di sana ada hak yang dicabuli. Umat Islam adalah antaranya. Beberapa perkara di dalam PHAMS 1948 ditolak oleh umat Islam kerana hak asasi mereka untuk mengamalkan agama digugat, antaranya Perkara 18. Bagi Islam, Perkara eighteen tidak boleh diterima kerana telah mencabuli hak asasi umat Islam dalam beragama. Islam menetapkan tujuan (maqsad) syariah yang pertama iaitu memelihara agama. Bererti Islam menolak sebarang usaha mengubahsuai atau menokok tambah sehingga merosakkan ketulenan agama. Sebarang penyelewengan dan kegelinciran yang berlaku dalam akidah dan syariah akan ditolak oleh Islam tanpa mengira sama ada ia berbentuk kepercayaan, pemikiran atau perbuatan.Lebih teruk lagi, apabila hak asasi juga membenarkan seseorang untuk keluar dan masuk agama sesuka hati. Justeru, di mana hak umat Islam untuk memelihara agamanya? Sedangkan hukum Islam menetapkan bahawa keluar agama atau murtad merupakan jenayah! berat y ang perlu diadili dan dihukum. Ia adalah perbuatan yang membabitkan kepentingan umum kerana melibatkan maruah agama dan umat Islam. Bukan sekadar hak individu.Jangan pula ada pihak mendakwa Islam telah menyanggah hak kebebasan individu untuk memilih. Bukankah PHAMS 1948 itu juga diasaskan atas dasar menjaga kepentingan umum melebihi hak individu? Jika hak individu dibiarkan bermaharajalela, apa gunanya kerajaan-kerajaan di dunia menggubal undang-undang. Bukankah undang-undang itu dibentuk untuk menyekat kebebasan individu yang ditafsir oleh undang-undang sebagai salah?Malah terdapat satu klausa khas di dalam PHAMS 1948 Perkara twenty-nine yang menyebut, setiap orang tertakluk hanya kepada batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak- hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam satu masyarakat yang demokratik.Ini bermakna, undang-undang buatan manusia juga mengakui tiada hak asasi mutlak bagi mana-mana makhluk di atas muka bumi ini!Begitulah Islam. Perundangan Islam telah menentukan kepercayaan, pemikiran dan amal perbuatan menyeleweng yang disandarkan kepada Islam adalah suatu kesalahan dan tidak boleh disenarai sebagai hak asasi individu. Ia adalah soal memelihara dan mempertahankan doktrin agama yang suci.Bagi sebuah negara Islam, undang-undang perlu ditegakkan tatkala tabiat manusia tidak lagi terkawal sehingga memudaratkan manusia lain (maslahah ammah). Apa lagi ia membabitkan ancaman akidah dan pemikiran. Ia perlu disekat dengan segera. Berhujah dan berdialog memang patut dilakukan tetapi perlu diawasi undang-undang. Bukankah menghina dan mempertikaikan agama adalah jenayah menurut Islam. Ia bukan soal khilafiyyah yang boleh dikompromi. Ia bukan sekadar debat bagi menentukan kalah atau menang.Sejarah Islam sendiri telah membuktikan bagaimana para khalifah Islam pernah mengharamkan, bahkan bertindak tegas terhadap pemba! wa pemik iran yang menyeleweng daripada akidah ASWJ. Sebagai contoh Mabad al-Juhani, pengasas mazhab Qadariyyah telah dihukum bunuh oleh Khalifah Abdul Malik pada tahun 80 Hijrah.Pada zaman ini pula, menjadi kelaziman bagi institusi agama berautoriti mengeluarkan fatwa tertentu atau mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana ajaran dan amalan yang boleh mencabuli kesucian akidah dan syariah Islam.Perkara ini tidak sukar sekiranya semua pihak benar-benar memahami tanggungjawab pemerintah Islam dalam mempertahankan agamanya. Jika tidak, mereka akan sering menyalahkan pihak berkuasa atas dakwaan melanggar prinsip hak asasi manusia.Dalam konteks Malaysia, Seksyen 4 (4), Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), memperuntukkan bahawa rujukan harus dibuat kepada PHAMS 1948 setakat yang tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.Kesimpulannya, Islam adalah agama yang realistik. Islam mengiktiraf kebebasan hak asasi manusia tetapi melihatnya dalam ruang lingkup manusia sebagai hamba kepada Allah SWT. Islam mengenali apakah batas-batas kemanusiaan.Apa juga yang menepati sifat-sifat kemanusiaan, Islam tidak menafikannya. Manakala apa juga yang di luar batas-batas kemanusiaan, ia ditegah walaupun pejuang hak asasi mendakwa ia pencabulan terhadap kebebasan.* Penulis ialah Penolong Pengarah (Akidah), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim.* This is a personal opinion of a writer or publication. The Malaysian Insider does not validate a view unless specified.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012