Shahrizat Cabar Wan Azizah Letak Jawatan! #PAUMNO
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan rakan sejawatannya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap biadap kerana mendesak beliau untuk meletakkan jawatan. "Saya mencabar Ketua Wanita PKR supaya mendesak Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk meletakkan jawatan kerana suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika ini berdepan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Video URL: http://youtu.be/R-BxS5Y1740 Saya nak mendesak Ketua Wanita Pkr , kerana dia suruh saya letak jawatan, kerana suami saya yang tidak bersalah ... Suruh , Gesa, Desak Datin Seri Wan Azizah letak jawatan sebagai Presiden Pkr.. kerana angkara suami beliau yang disabit pelbagai angkara ..... Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita hari ini sebagai medan untuk beliau menyatakan pendiriannya. Apabila Ketua Wanita UMNO itu menemp...