Posts

Showing posts from 2013

Siapa Bekal Senjata Canggih Kepada Penceroboh Lahad Datu?

Image
Untuk menjawab soalan di atas, mungkin kita perlu melihat kepada kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino beberapa hari lepas bahawa wujud petanda dan bukti-bukti jelas pencerobohan di Lahad Datu adalah satu konspirasi. ( klik sini untuk membaca berita lengkap Mynewshub.my berhubung dakwaan itu) Ini kerana jelas beliau, tidak mungkin Jamalul Kiram mempunyai kemampuan kewangan untuk melaksanakan operasi pada skala itu. Aquino dilaporkan berkata, Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah. Justeru dari mana mereka mendapat wang yang banyak untuk menyewa bot-bot berkenaan? Aquino dengan nyata menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiayai operasi seperti itu. Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan...

HOT : WARDINA KECEWA NEGARA TIDAK SELAMAT DAN BERITA DIPOLITIKKAN...??

Image
Salah seorang peminat Wardina telah memintanya untuk memberi kata-kata perangsang dan motivasi mengenai insiden yang sedang berlaku di Lahad Datu supaya mereka terus kuat dan bersemangat untuk mengharungi hari-hari yang bakal mendatang... Dan ini pula kenyataan Wardina mengenai insiden yang berlaku di Lahad Datu... ** Masih merungut apabila rumahnya dipecah masuk.. Kejapppp...siapa yang berpolitik sebenarnya ni?? Read More @ Source More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

HOT : TIAN CHUA ENGGAN MINTA MAAF...

Image
Tian Chua kata kematian dan kecederaan yang dialami oleh Anggota Keselamatan Negara semasa mempertahankan negara dari penceroboh hanya merupakan satu sandiwara dan konspirasi... Dan sehingga kini Tian Chua masih tidak meminta maaf dengan kenyataan biadapnya itu...Rasa-rasanya "kalaulah" Tian Chua boleh dikenakan hukuman disebabkan kenyataan biadapnya itu...apakah hukuman yang paling sesuai wajar dikenakan??... 8 orang terkorban dan ramai anggota yang tercedera semasa mempertahankan tanah air daripada dicerobohi..Adakah mereka yang terkorban ini dianggap "MATI KATAK"??.... Inilah semangat juang yang ada pada anggota keselamatan negara..Walaupun setiap hari dikutuk, dimaki dan dihina oleh puak-puak PKR, PAS dan DAP..tanggungjawab untuk mempertahankan negara dan menjaga keselamatan rakyat tetap didahulukan walaupun tercedera... Tahniah EP ucapkan pada semua anggota keselamatan neg! ara yang berjuang demi menjaga maruah dan kedaulatan negara...Gua respect lu orang.....

Jamalul Kiram III Keturunan Pembunuh!

Image
March 6, 2013   ·   0 Comments Banyak pihak yang keliru berkenaan status Sultan Kiram. Siapakah Kiram? Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913. Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin ...

Lahad Datu: Video Pengganas Sulu Ditawan

Image
Operasi polis di Kampung Airport Semporna... Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lalu. Pengganas berusia lingkungan 20-an hingga 50-an. Operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna. Pengganas menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna. Selain daripada itu mereka turut mencuri pakaian dan lain keperluan milik penduduk tempatan. Operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan. Video url: http://youtu.be/O102o1o8c4I Read More @ Source More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Kenapa Strategi & Teknik Anwar/Misuari Lebih Kurang Sama?

Image
March 6, 2013   ·   1 Comments MACAM ada janji pulak antara Anwar dan Misuari dalam cubaan menegakkan benang basah mengenai penglibatan masing-masing dalam krisis Lahad Datu yang masih dalam proses pembersihan oleh pasukan keselamatan sekarang. Dua-dua pun nafi tapi dalam masa yang sama, banyak tindakan 2 ekor ini yang tak berkenan di mata penulis.  Antaranya, Misuari, dia nafi bantu Kiram, tapi dalam masa yang sama mengaku ada anggota MNLF turut serta dalam pasukan lanun Kiram yang menceroboh Sabah 3 minggu lepas. Anwar pun lebih kurang begitu, nafi juga tapi banyak bukti sekarang menunjukkan dia pun sama terlibat melalui hubungan rapatnya dengan Misuari.  Maklumlah, berbanding BN, Anwar lebih banyak untung kalau Sabah diistiharkan darurat dan pilihanraya tidak diadakan di negeri itu. Ini semua orang tahu dan penulis tidak mahu mengulangi benda yang sama. Selain itu ada juga propaganda angka.  Anwar sering mewar-warkan jutaan rakyat bersama-sama dengannya.  Perhimp...

Tawaran 5 Ribu Untuk Tampar Muka Tian Chua Bangsat

Image
Seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan penulis bebas hari ini menawarkan wang tunai 5 ribu ringgit kepada sesiapa saja yang sanggup menampar muka Naib Presiden PKR, Tian Chua. Selain itu, 50 ribu ringgit juga ditawarkan kepada sesiapa yang boleh membawa balik kepala Ketua Penceroboh yang bertanggungjawab di Sabah. Tawaran berkenaan dibuat melalui blog http://satdthinks.blogspot.com . Penulis berkenaan juga menetapkan syarat supaya menyertakan rakaman video kepada sesiapa yang mahu menuntut wang ganjaran berkenaan. Tian Chua kini menjadi sasaran kemarahan rakyat Malaysia apabila menuduh anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu ketika menentang penceroboh sebagai sandiwara dari pihak Umno. Tian Chua juga menyifatkan pencerobohan di Sabah tersebut adalah taktik kerajaan BN untuk melengah-lengahkan Pilihanraya Umum yang ke 13. Tian Chua sehingga kini masih belum meminta maaf kepada pihak yang dituduhnya melainkan dia menganggap kenyataannya telah disalah tafsir dan difitnah ...

Woman returns home to find children missing

Image
Distraught: Thitinan (left) holding up pictures of Qiao Xi and Yong Zhi while Theng appealed for members of the public who has information about the children to contact the bureau or the police. THAI national Thitinan Thahan, 36, is appealing for her two children to be returned to her. Thitinan's daughter Loke Qiao Xi, five and son Loke Yong Zhi, three, have been missing along with her mother-in-law since late February. Thitinan met a 36-year-old Malaysian while on holiday in Genting Highlands and the couple were married in 2008. However, he walked out on the family a month after Yong Zhi was born in March 2010. He was sending money on an irregular basis to Thitinan up until last October. Thitinan managed to fend for her children by working part-time and the family were living in an apartment in Taman Sea, Petaling Jaya. "I booked flight tickets to Chiang Mai, Thailand as I had to sort out schooling matters for my son, who is from a previous marriage, in ...

Lahad Datu: Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Sebenar, Kata Kerabat Diraja

Image
Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan. Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936. Jamalul Kiram III Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC). Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraj...

Puchong Chinese associations gather for 18th edition of dinner

Image
Over to you: Puchong Jaya Phase 2 Phor Thor Association chairman and Puchong Chinese Association Alliance 2013 Chinese New Year dinner organising chairman Chew Swee Ming (third from left) handing over the baton to Kinrara Section 3 Morning Market Hawkers Association chairman Fong Sea Ken. Looking on is Kow (second from right). THE 18th edition of the Puchong Chinese Associ­ation Alliance's Chinese New Year dinner held at the SJK (C) Yak Chee multi-purpose hall in Puchong was a festive affair as members and friends gathered for the event which is the highlight of the alliance's social calendar. "The alliance serves as an umbrella body to represent the Chinese community-orientated associations in Puchong," said Puchong Chinese Association All­iance president Dr Kow Cheong Wei. "The members include religious bodies, business associations, schools and NGOs. There are currently 43 alliance members altogether, although only 27 are registered associatio...

HOT : RAMAI BOLEH MENGURUSKAN JENAZAH..KEHADIRAN SAYA TAK PENTING - HADI AWANG??

Image
Sebuah blog propembangkang cuba menjawab persoalan tentang ketiadaan pemimpin dari parti itu menziarahi para anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden serangan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Suara Pakatan Rakyat antara lain berkata, salah satu sebab para pemimpin terbabit tidak menziarahi mangsa-mangsa serangan hendap pengganas itu adalah kerana mahu menjaga hubungan mereka dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina. "Untuk menjaga hubungan akrab antara pemimpin pakatan rakyat dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina, antaranya Nur Misuari sendiri memandangkan isteri Nur Misuari juga adalah antara yang menuntut hak Kesultanan Sulu ini. "Selain itu ketiadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam upacara pengkebumian jenazah Inspektor Zulkifli Mamat di Terengganu juga atas alasan yang sama. Lagipun sudah ada ramai orang yang boleh menguruskan majlis tersebut dan kehadiran beliau tidak begitu pen! ting sangat," kata blog ini dalam entri...

Tembak Menembak Berlaku Di Tiga Lokasi Tanjung Batu, Lahad Datu

Image
Foto: Pengganas Sulu yang mati di tembak -Bernama team Tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas berlaku di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah Rabu tatkala pasukan keselamatan meneruskan operasi susulan dan penggeledahan dalam Op Daulat. Pasukan keselamatan negara mula membuat pemeriksaan di perkampungan itu pada pukul 3 petang untuk menjejaki musuh yang memasuki kawasan kampung berkenaan. "Pada kira-kira 4.15 petang berlaku tembak menembak di tiga lokasi kampung itu dan kami percaya ada musuh yang gugur, tetapi waktu ini saya tidak dapat sahkan jumlah musuh yang terkena tembakan," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Ismail, pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kejadian itu dan tiada yang dijadikan tawanan pihak musuh. Selasa, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai geraka...

Pengganas Pengecut Macam Anwar Ibrahim

Image
Ketika pihak berkuasa melancarkan serangan besar-besaran untuk menggempur kubu pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo di sini semalam, ada maklumat mengatakan ketua kumpulan pengganas dan beberapa orang kanannya telah melarikan diri dari kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu. Adik Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Azzumuddie, 60-an, yang mengetuai operasi pencerobohan ke Sabah pada 12 Februari lalu dipercayai sedang bersembunyi di kawasan Kampung Tanjung Batu di sini yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari Kampung Tanduo. Kampung Tanduo merupakan kawasan pertama diceroboh Azzumuddie bersama 180 pengikutnya yang lengkap bersenjata. Mereka menyusup masuk dengan menaiki bot pancung dari kepulauan Sulu ke Sabah. Ada maklumat mengatakan Azzumuddie telah terselamat ketika serangan menggunakan pesawat pejuang, kereta perisai dan askar berjalan kaki yang dilancarkan pihak berkuasa tepat pukul 7 pagi semalam. Teori bagaimana mereka melarikan diri terbahagi kepada tiga. Pertama,...

Lahad Datu: Lebih Ramai Lagi Penceroboh Sulu Ditembak Mati

Image
Mayat pengganas yang ditemui... LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia menembak mati lebih ramai lelaki bersenjata apabila mereka memperluaskan buruan terhadap kumpulan bersenjata Sulu pada Rabu, selepas operasi ofensif menentang kumpulan itu di Kampung Tanduo pada Selasa. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata terbunuh dalam pertempuran di tiga lokasi berasingan selepas polis dan anggota tentera memperluaskan pencarian mereka ke Kampung Tanjung Batu, kira-kira dua kilometer dari Kampung Tanduo. "Kami percaya sebahagian musuh terbunuh walaupun kami tidak mengesahkan bilangan kematian buat masa ini," katanya. Beliau berkata, mereka mempercayai lelaki bersenjata Sulu berjaya melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu dari Kampung Tanduo dan polis memburu mereka di sana.-Mstar Read More @ Source More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

TERKINI : NAMA ANWAR BERSIH SETELAH DI WAWANCARA SECARA LIVE??

Image
Sebelum ini EP ada memdedahkan bahawa Anwar telah ditawarkan satu wawancara khas bersama Filipina 'Inquirer News' setelah pemimpin pembangkang itu membuat penafian berhubung pembabitan dan pertemuannya dengan Sultan Sulu .... KLIK SINI "Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar itu adalah Sultan Sulu" Penafian ini dibuat oleh Anwar berikutan pendedahan laporan perisikan Filipina yang diterbitkan oleh  Inquirer News menyebut : Pihak Perisik Filipina melalui Inquirer News telah mendedahkan dalang sebenar disebalik peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah. Menurut laporan tersebut, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan di kawasan itu antaranya ialah Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Laporan tersebut juga menyebut, seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh se...

Rahimi Sahkan Anwar Miliki Empat Pengawal Filipina

Image
Bekas setiausaha sulit ketua pembangkang, Muhamad Rahimi Osman mengesahkan bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menggunakan khidmat empat pengawal keselamatan dari Filipina. Menurut beliau, keempat-empat mereka iaitu Daniel Cruz, Noel Del Rosario, Alfred Sese dan Bong Oteyza telah berkhidmat dengan Anwar sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang lagi. "Ya. Anwar guna bantuan keselamatan Filipina sejak PRK Permatang Pauh, pada tahun 2008. "Anggota-anggota itu terlatih khas setaraf dengan pasukan komando dan mempunyai pelbagai kepakaran," kata Rahimi seperti dipetik dari blog AnwarAIDC hari ini. Berita penuh mengenai pendedahan tersebut boleh diikuti menerusi laman web AnwarAIDC Berita terdahulu: Empat Pengawal Peribadi Anwar Dari Filipina Didedahkan Read More @ Source More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Nak tahu siapa Dalang Dajjal disebalik Krisis di Sabah?

Image
Andaikata susah benar nak teka sampai ke saat ini akan siapakah dia Dalang Dajjal disebalik krisis pencerobohan pengganas pengganas KeSyaitanan Sulu di Sabah, maka nya saya mempersilakan tuan puan warga Malaysia yang masih ada akal dan waras fikiran untuk mengenal pasti penyanyi lagu bahawa Sabah nak hilang ini! Tak ada hadiah untuk anda yang berjaya mengenal pasti akan diri Sang Dalang Pendajjal ini. Cumanya bila sampai waktu Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka terpulang kepada tuan puan samada masih mahu mengundi dan menyokong Dajjal ini yang telah mengakibatkan 8 nyawa anggota pasukan Komando Polis Di Raja Malaysia kita melayang dan begitu ramai pula yang cedera! Dajjal ini adalah diantara beberapa orang lagi Dajjal Laknatullah yang masih hidup memporak perandakan kehidupan kita semua warganegara Malaysia. Andai Dajjal ini dan dajjal dajjal lain sesyaitan dengannya mampus hari ini maka esoknya akan saya merafakkan Syukur Alhamdulillah kepada Allahu Rabbul Alamin. Berwaspadalah semua...

Dr Mahathir: Laksana keputusan dengan baik

Image
Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan pesanan agar semua keputusan yang dibuat Kerajaan, dilaksanakan dengan baik dan sempurna oleh pihak pelaksana, terutama menepati sasaran. Beliau membuat gesaan ini semasa bertemu sekumpulan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). "Kadang kala keputusan yang buat oleh Kerajaan atau Kabinet berupa dalam satu paragraf sahaja. Ianya mungkin berbeza dengan kertaskerja yang disediakan peringkat pegawai dan mereka tidak berpeluang untuk mendalami hujah dan bagaimana dibuat. Oleh sebab itu, pelaksanaannya dibuat sebagaimana ianya disediakan diperingkat pegawai". Beliau mencadangkan Sistem Maklumbalas diujudkan, agar Menteri atau pembuat keputusan dan dasar mengetahui perkembangan mengenai kemajuan atas dasar atau keputusan yang telah dibuat. Ini termasuk Menteri atau pembuat dasar 'Turun Padang' untuk meninjau sendiri kemajuan program program yang telah diputuskan. "Arahan oleh peringkat pegawai tinggi...

Statement by MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek on Lahad Datu invasion

Image
6 March 2013 Statement by MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek on Lahad Datu invasion The MCA would like to put on record our gratitude to the police, the armed forces and the maritime authorities for a job well done in ensuring our shores are protected from the forces of terrorism. We would also like to pay tribute to the patriots of our nation who have fearlessly fought the armed intruders so that our honour and sovereignty is protected. Our heartfelt sympathies go to the bereaved family of our heroes who have sacrificed their lives so that other Malaysians are kept safe from the threat of the terrorists. The MCA will also donate RM2,000 to the families of each security personnel killed as a token of gratitude. Our hearts are with the families who are grieving over their loved ones who died in the battlefield while defending the nation. The bodies of Malaysian commandos are returned home. Photo: Reuters While our patriots are defending the nation's shores...

TERKINI : GAMBAR 13 MAYAT YANG DITEMUI DIDEDAHKAN

Image
Sebuah kubur yang menempatkan seramai 12 mayat pengganas Sulu telah berjaya ditemui di Lahad Datu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas Ops Daulat yang dilancarkan semalam. Mayat-mayat itu dipercayai telah ditanam oleh rakan-rakan pengganas sebelum mereka kemudiannya melarikan diri. Perkara ini telah disahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas satu sidang media, sebentar tadi. Semasa sidang media itu juga, pihak media telah ditunjukkan dengan tiga keping gambar yang memaparkan sembilan mayat yang dijumpai semalam, seorang yang telah ditembak pagi tadi dan gambar kubur yang digali yang menempatkan tiga mayat pengganas terbabit. Read More @ Source More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Sidang Media Op Daulat Dedahkan Foto Kejayaan Pihak Berkuasa

Image
Kejayaan pihak berkuasa Antara senjata yang  dirampas Mayat pengganas Sebuah kubur besar pengganas ditemui. Anggota forensik polis telah diserang oleh pengganas  semasa memeriksa sebuah kubur yang ditemui. Lahad Datu: Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid meminta orang ramai supaya tidak memperlekehkan usaha yang sedang dijalankan oleh tentera dan polis menggeledah lokasi pertempuran dengan kumpulan pengganas di Kampung Tanduo dekat sini. Katanya, kerajaan tiada apa-apa yang hendak disembunyikan sebaliknya usaha itu terpaksa dilakukan dengan berhati-hati kerana ia berisiko tinggi. "Jangan diperlekehkan apa yang dilakukan ini," katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat 16, dekat sini. Sidang media itu dihadiri sama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Pada sidang media tersebut, dua menteri itu mendedahkan beberapa keping foto yang menunjukkan bukti-bukti kejayaan pihak berkuasa. "Ini adalah gambar yang selama ini ditunggu oleh masy...

Empat Orang Dipercayai Pengganas Sulu Ditahan

Image
Semporna - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas. Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an. Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna. "Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan. Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari. Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu ma...

RM500,000 grant to promote Punjabi language

Image
Generous amount: Tan (third from right) presenting the RM500,000 mock cheque to Bagh (third from left) while committee members and other guests look on. Also present was Mentri Besar's special advisor Datuk S. Veerasingam (centre, with red tie). THE Sikh community has received a much-needed boost in their effort to promote the Punjabi language, thanks to a RM500,000 grant from the Federal Government. A cheque for the amount was presented to the community through the Khalsa Diwan Malaysia by Ipoh Barat Barisan Nasional coordinator Datuk Tan Chin Meng. Society president Bagh Singh Sandhu said the money would be channelled to its educational arm, the Punjabi Education Trust Malaysia. "The money will be used to support the operations and development costs of 42 Punjabi language centres that we operate nationwide," he said last Friday after receiving the cheque from Tan, who represented the Government. Bagh said although the cost to run the centres was ab...

Anwar Tukar Lirik Lagu "Tanya Sama Pokok.." Isyarat Sabah Bakal Di Ceroboh Pengganas

"Tanya Sama Najib, Apa Sebab Goyang... Nanti Jawab Najib Sabah Nak Hilang..." Inilah lirik-lirik lagu yang dinyanyikan oleh Anwar Ibrahim sejak tiga bulan lepas setiap kali beliau turun berceramah. Mungkinkah sudah tiga bulan Anwar tahu Sabah akan diserang pengganas Sulu? Jika benar ini membuktikan bahawa betullah apa yang di tulis dalam laman web inquirer dan manila time yang mendakw Anwar dalang di sebalik pencerobohan pengganas Sulu. Itu sebablah Anwar dengan gembira menyanyikan lagu "Najib goyang sebab Sabah nak hilang" sejak tiga bulan sebelum pengganas Sulu masuk Lahad Datu... Sila perhatikan tarikh-tarikh video di bawah... Video url: http://youtu.be/D9esQPSR-u8 Sumber asal : DET Read More @ Source More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Dr Mahathir: Laksana keputusan dengan baik

Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan pesanan agar semua keputusan yang dibuat Kerajaan, dilaksanakan dengan baik dan sempurna oleh pihak pelaksana. Beliau membuat gesaan ini semasa bertemu sekumpulan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). "Kadang kala keputusan yang buat oleh Kerajaan atau Kabinet berupa dalam satu paragraf sahaja. Ianya mungkin berbeza dengan kertaskerja yang disediakan peringkat pegawai dan mereka tidak berpeluang untuk mendalami hujah dan bagaimana dibuat. Oleh sebab itu, pelaksanaannya dibuat sebagaimana ianya disediakan diperingkat pegawai". Beliau mencadangkan Sistem Maklumbalas diujudkan, agar Menteri atau pembuat keputusan dan dasar mengetahui perkembangan mengenai kemajuan atas dasar atau keputusan yang telah dibuat. Ini termasuk Menteri atau pembuat dasar 'Turun Padang' "Arahan oleh peringkat pegawai tinggi kebawah juga perlu dikawal selia. Umumnya, diMalaysia program berjaya kerana penyeliaan perlaksanaa...

Wan Azizah Tuduh Reuters dan Manila Times Penipu?

Image
Sikap Anwar Ibrahim yang gemar mengugut, menyergah dan memperlekeh wartawan apabila beliau gagal menjawab soalan mereka, sudah menjadi bahan lawak jenaka rakyat Malaysia. Terbaru, Anwar mengugut akan menyaman wartawan yang bertanya kenapa beliau tidak menyaman Reuters dan Manila Times kerana menyatakan penglibatannya di dalam krisis di Sabah, tetapi hanya menyaman TV3 dan Utusan Malaysia yang menyiarkan petikan dari kedua-dua agensi asing tersebut. Seperti yang dijangka, Anwar telah tidak menjawab soalan tetapi mengherdik wartawan terbabit sekali gus, 'menutup' isu tersebut dari diperbincangkan. Di masa yang sama, Wan Azizah pula memilih untuk menuduh laporan mengenai Anwar menjadi 'dalang' krisis di Sabah, sebagai 'tuduhan liar dan tidak berasas'. Kata beliau, "Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar." Malah, Wan Azizah juga membayangkan seolah-olah wartawan yang melaporkan sedemikian...

Optimized Search