TIZ ANGGAP PENGAKUAN REMY SEBAGAI HADIAH HARI JADI...
Sebenarnya saya pun tidak tahu hendak komen macamana. Tapi, berasa agak gembira dan saya saya anggap pengakuan Remy itu sebagai hadiah harijadi saya yang disambut pada 26 Oktober lalu. Saya pun tidak sangka Remy akhirnya mengeluarkan kenyataan kerana dia tidak pernah maklumkan kepada saya. Mungkin Remy merasakan sudah sampai masanya untuk mengakui tentang hubungan cinta ini. Saya tidak ada masalah dengan tindakan Remy itu, ujar Tiz Zaqyah ketika dihubungi oleh GUA.
Dalam masa yang sama, Tiz juga menafikan pengakuan Remy itu dibuat kerana desakan pihak media mahupun peminat. Sebaliknya, dia menganggap pengakuan Remy itu berlaku tanpa dirancang.
Macam yang pernah saya maklumkan sebelum ini, kami lebih selesa bercerita tentang karier lakonan berbanding kisah-kisah peribadi. Selain itu, saya dan Remy tidak mahu kecoh-kecoh kerana bimbang perhubungan kami tidak berpanjangan. Walaupun kami sudah mengaku bercinta, tetapi kami masih tidak bersedia untuk bercerita lanjut tentang perhubungan ini.
Cukuplah peminat tahu yang kami sedang berpacaran dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Pengakuan ini berlaku tanpa dirancang. Ia berlaku dengan sendiri dan bukan atas desakan mana-mana pihak, ujar Tiz yang enggan mendedahkan usia percintaannya dengan Remy.
Memandangkan sebelum ini Tiz dan Remy sangat berahsia tentang percintaan mereka, pengakuan yang dibuat Remy itu diliha! t seolah -olah mereka mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam sesebuah perhubungan. Persoalannya, benar atau tidak?
Kalau orang ingat kami ingin mengikat tali pertunangan atau melangsungkan perkahwinan, ianya tidak benar sama sekali. Masih terlalu awal untuk itu. Kami masih perlukan masa untuk saling mengenali. Memang saya dan Remy telah berjumpa dan berkenalan dengan keluarga masing-masing, tetapi tidak ada perbincangan ke arah pertunangan mahu pun perkahwinan. Tunggulah, jika ada jodoh dan sudah sampai masanya, pasti kami akan umumkan, ujar Tiz mengakhiri perbualan.
Pasangan yang meraih populariti menerusi drama bersiri Nur Kasih ini mula digosipkan bercinta setelah ramai yang terserempak mereka berjalan berpimpinan tangan di luar set penggambaran.
Kemuncaknya pada acara Moto GP Sepang 2010. Walaupun sering didesak untuk mengakui hubungan cinta mereka sebelum ini, baik Tiz mahupun Remy, masing-masing bertindak mengunci mulut. - gua.com.my
Comments