Ketuanan Melayu? Ketuanan Cina? Apa Lancau !
Ironis sekali melihat perjuangan bangsa kita Melayu. Bangkit dengan keris panjang - melaungkan perjuangan membela bangsa , mendesak hak - hak dan menjerit menuntut keistimewaan.
Siapa yang sebenarnya pejuang, siapa yang sebenarnya berani mahu mengatakan kebenaran - siapa pula sebenarnya menjadi lawan dan saingan kita tidak pula diperjelaskan dalam kita meniupkan semangat kebangkitan Melayu.
Ini bukan satu artikel yang mahu meniupkan semarak api perkauman tetapi adalah penting untuk kita mengenalpasti siapa yang sebenarnya menjadi lawan dan saingan kepada Melayu.
Sekiranya artikel ini berbau perkauman maka seakan pasti penulis akan berdepan dengan penahanan - di penjarakan oleh kerajaan Melayu sendiri terhadap seorang Melayu yang hanya mahu mengupas kemelut Melayu seperti yang dikatakan oleh Pemuda UMNO Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2005.
Perjuangan se olah - olah dihalakan kepada menuntut kembali hak - hak Melayu, menuntut kembali pegangan ekuiti, menuntut pegangan ekonomi dan mengembalikan ketuanan Melayu. Ini di bicarakan - sebagai perjuangan.
Apakah kaum Cina sudah merampas hak - hak keistimewaan Melayu dan bumiputera seperti yang di peruntukan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan? Apakah kaum Cina sudah merampas pegangan ekonomi orang - orang Melayu?
Cina kini memiliki pegangan ekonomi yang lebih kukuh dari Melayu. Cina memegang ekuiti yang lebih besar - pemilikan hartanah bandar dan pemilikan perniagaan yang jauh lebih baik dari Melayu.
Cina sudah melangkah jauh sedangkan Melayu masih di situ. Dengan pegangan ini - apakah tidak ketuanan Melayu kita wajar diganti dengan ketuanan Cina? Apakah mereka sebenarnya merampas?
Tidak menjadi satu kesalahan bagai kaum -kaum ! lain di dalam negara majmuk kita bertindak untuk meningkatkan prestasi bangsa - menaikkan taraf kehidupan mereka dan menuntut sekiranya dapat untuk mengubah kedudukkan mereka di Malaysia.
Dipetik dari Double Y
Ketuanan melayu? Jangan buat lawaklah dowh. Ada lagi ke orang melayu kat Malaysia ni? Di Kelantan ada seorang pakcik tua uzur yang malu mengaku dia orang melayu. Orang melayu masih dengan angan angan lampau. Masih berangan hidup dizaman Paraweswara.
Bila timbul kes Mat Sabu iktiraf komunis, ada lagi orang melayu yang menyebut parang terbang. Padahal zaman sekarang orang dah pakai jet pejuang, kereta kebal, bermacam jenis rifel automatik canggih. Paling busukpun kat Malaysia orang main simbah asid. Ini masih ada orang melayu yang berangan parang dia boleh terbang.
Kita sudah diakhir zaman. Zaman globalisasi. Zaman internet, zaman facebook, zaman tweeter. Zaman ini, siapa yang pegang ekonomi, dialah raja. Apa yang kita boleh bangga dengan ungkapan Ketuanan Melayu sedangkan ekonomi melayu dipegang oleh bangsa lain.
Apa gunanya Ketuanan Melayu kalau dalam poket kita tak ada satu senpun. Nak beli barang mengharapkan kedai bangsa lain. Nak beli ayam harapkan ternakan yang diusahakan bangsa lain. Nak beli sayaur harapkan kebun sayur bangsa lain.
Apa gunanya Ketuanan Melayu kalau dalam poket kita tak ada satu senpun. Nak beli barang mengharapkan kedai bangsa lain. Nak beli ayam harapkan ternakan yang diusahakan bangsa lain. Nak beli sayaur harapkan kebun sayur bangsa lain.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Comments