Potong Kepala Disiplinkan Budak-Budak Desa
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SUDAH banyak sangat kita bincang hal-hal berat. Maka kali ini, izinkan saya sekali lagi menyusuri kembali zaman yang telah berlalu untuk mencari, kalau-kalau ada, petunjuk bagi era yang serba mencabar ini.
Lantas teringat saya kepada salah satu muslihat ibu bapa zaman dahulu mengawal anak-anak mereka yang nakal. Mereka memberi amaran keras dengan membuat cerita ngeri mengenai Keling potong kepala.
Keling potong kelapa akan pengkal leher kanak-kanak yang berkeliaran jauh dari rumah dan kepala mereka akan ditanamkan di hujung jambatan yang sedang dibina atau di tapak-tapak pembinaan lain.
Waktu itu, perkataan Keling bukan luar biasa dan tidak dianggap menghina atau menghasut. Asal usul Keling dalam bahasa Melayu adalah rujukan kepada orang dari empayar kuno India bernama Kalinga yang terlatak di negeri Orissa sekarang. Diceritakan yang Empayar Kalinga sangat gagah hingga berjaya menyekat penaklukan Maharaja Asoka.
Jadi, kerana terpengaruh dengan mitos Empayar Kalinga itu, orang Melayu menyamakan orang yang datang dari benua kecil India dengan orang Kalinga. Akibatnya perkataan Keling digunakan dengan meluas.
Misalnya, salah seorang ibu saudara sepupu saya namanya Mak Cik Keling. Kemudian ada Kampung Tok Keling tidak jauh dari kampung saya di Kedah. Di Melaka ada Tanjung Keling. Sejenis gendang yang digunakan di Kedah, dipanggil gendang Keling.
Putar cepat ke belakang ke tahun 1950an dan 60an, kita akan lari bertempiaran apabila nampak orang Keling yang tidak kita kenali. Apatah lagilah bila ternampak sami Hindu berpakaian serba kuning, bersanggul, bertongkat ! dan memb awa beg galas yang diperbuat daripada kain. Sahlah dia pemotong kepala.
Putar cepat balik ke hadapan ke abad ke-21, pembunuhan kanak-kanak kerana amalan sihir dan mistik masih berlaku di sesetengah tempat di dunia. Akhbar The Times of India, baru-baru ini melaporkan bagaimana seorang mistik bernama Abdul Gafoor, 31 dan teman wanitanya, Ramala Beevi, 28, menculik seorang budak lelaki, Khader Yusuf, berusia setahun setengah pada 1 Julai lalu dan memenggal lehernya.
Mereka meminum darah kanak-kanak itu dan menanam mayatnya di dua tempat berasingan di negeri Tamil Nadu. Abdul Gafoor memberitahu polis dia mendapat perintah mengorbankan seorang kanak-kanak dan meminum darahnya dalam mimpi untuk mendapat kuasa ajaib.
Mayat kanak-kanak itu dibalut kain warna merah dan ditanam bersama kalungan bunga serta potret dewi Hindu Kali.
Sekarang saya tidak pasti lagi apa muslihat yang digunakan oleh ibu bapa untuk mengawal anak-anak yang nakal. Hendak takutkan dengan Keling potong kepala tentu tidak boleh kerana perkataan Keling tidak boleh lagi digunakan sewenang-wenangnya.
Lagipun, doktor dan pakar psikologi tidak menggalakkan anak-anak diajar dan didisiplinkan melalui ancaman dan cerita karut. Bagi generasi saya, terima kasih kepada Keling potong kepala, kita tak jadi hantu dan jembalang, pelumba haram dan kutu rayau, kaki gian dan penghuni pusat pemulihan dadah.
Diputar laju ke belakang sekali lagi, minggu lalu, ketika rayau-rayau di Bandaraya Alor Setar, terjumpa kereta pertama saya, Volkswagen Beetle 1,300cc bernombor plat KA 7200. Saya beli kereta itu pada tahun 1970 ketika menjadi wakil Bernama Kedah dan Perlis.
Sedang saya membelek kereta yang sudah diubahsuai itu, seorang kawan sepermainan di kampung menegur. Saya terpinga-pinga kerana otak sudah karat dan lupa nama ramai kawan-kawan lama.
Aku anak Keling Brahim la, katanya apabila melihat kebluran saya. Serta merta ingatan saya segar semula. Arwah Keling Brahim adalah peniaga tekstil dan pakaian di pekan ! kecil Ta nah Merah, Pendang. Dia orang keturunan Pathan. Tetapi kerana dia dari benua kecil India, maka dia dipanggil Keling.
Itulah cerita zaman dolu-dolu.
Letter & Opinion From Joe Public

Comments