AunDosa PERKASA Semakin Berbisa Binasa Nusa dan Bangsa
AunDosa PERKASA Semakin Berbiasa Binasa Nusa dan Bangsa
Oleh : Shen Yee
Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (PERKASA) pernah "menghadiahkan" buku Perlembagaan Persekutuan kepada pemimpin MCA dan Gerakan - yang didakwa melabelkan mereka sebagai "perkauman".
Menurut mereka Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Agung MCA Low Chew Jun "buta perlembagaan".
Perlambangan di sini orang yang tidak waras dan gila sekirannya melakukan pembunuhan mereka tidak akan dihukum mati. Hal ini disebabkan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan. Berbanding dengan orang yang waras mereka akan dihukum mati sekirannya disabit atas kesalahan melakukan pembunuhan.
Dalam isu ini PERKASA celik perlembagaan dan mereka yang menentang PERKASA pula dilabel sebagai buta Perlembagaan. Kalau buta perlembagan maknanya kita tidak berdosa dari segi perundangan.
Mereka mendakwa seolah olah mereka pakar dalam soal perlembagaan di negara kita. Saya berminat hendak mencabar Ibrahim Ali dan anak buahnya dalam ayat , artikel dan peruntukkan perlembagaan yang ada perkataan KETUANAN MELAYU? Menambah perkataan dalam perlembagaan tanpa melalui proses yang sepatutnya adalah satu pencabulan terhadap kehuluran dan ketertinggia perlembagaan di negara kita.
Jika anda yang celik perlembagaan masih melakukan sesuatu yang membelakangi perlembagaan secara perlambagannya anda adalah orang waras yang membunuh orang. Dosa anda sepatutnya dihukum mati.
Isu Artikel/Perkara 153Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana
kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.
Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:
1. Tanah untuk Orang Melayu Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh ! membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu. 2. Jawatan dalam Kerajaan Jawatan-jawatan kana dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. 3. Peruntukan biasiswa Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. 4. Bantuan Ekonomi Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain. Ibrahim Ali dan PERKASA yang celik perlembagaan adakah anda celik dalam isu realiti semasa di Malaysia? Realitinya di sini sehingga ke detik ini setelah 53 tahun negara tercinta kita merdeka lebih daripada 80% pekerja perkhidmatan awam adalah orang Melayu dan Bumiputera. Realitinya juga kemasukan pelajar Melayu ke institusi awam kadar peratusannya juga melebihi gabungan keseluruhan bukan Bumiputera. Biasiswa terhadap pelajar Melayu masih berterusan sehingga ke detik ini.
Perundangan tanah rizab Melayu yang kekal dan sedia ada wujud. Keadaan ini sendiri yang menyebabkan tanah dan harta orang Melayu tidak bernilai kerana tiada nilai jualan apabila tanah tanah tersebut tidak boleh dijual kepada bukan Melayu.
Bantuan ekonomi seperti yang termaktub dalam perlembagaan jelas menunjukkan hanya sekadar peraturan untuk memboleh orang Melayu mendapatkan lessen dan kebenaran melakukan perniagaan.
Jika bantuan sudah diberi dengan peruntukan peraturan dan orang Melayu boleh mendapatkan lessen perniagaan dan apabila perniagaan itu gagal mengembangkan perniagaan mereka bukan lagi isu perlembagaan 153 dinodai oleh mana mana pihak. Realitinya perlembagaan itu tidak dieksplotasi dan dimanfa! atkan se penuhnya kepada golongan yang dipertahankan. Tiada isu kek ekonomi di sini. Tiada isu 30% DEB di sini. Tiada isu pelbagai bantuan perniagaan dan ekonomi yang diperjuang oleh anda semua. Sila pakai cermin mata jika tidak dapat membaca perlembagaan negara kita dengan jelas !
Saya berminat untuk menyentuh tentang isu objektif penubuhan PERKASA seperti mana yang terdapat dalam Wikipedia
(
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkasa )
Objektif PERKASA
Perkasa mendakwa melindungi hak-hak orang
Melayu Malaysia daripada orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Mereka menuduh bahawa orang Melayu tidak diberi potongan kek ekonomi yang mencukupi dan isu-isu lain.
Jangan jadikan bangsa Cina sebagai mangsa politik anda semua untuk menutupi kegagalan orang Melayu sendiri yang gagal dalam kek ekonomi negara walaupun pelbagai bantuan sudah diberi selama 53 tahun. Ahli perniagaan yang berjaya tidak akan mencari alasan sebaliknya melakukan tindakan proaktif.
Orang cina rajin belajar buat kek. Ibahim Ali pula menuntut lebih banyak kek seharusnya diberikan kepada Melayu. Anda sepatutnya menuntut untuk mengajar orang Melayu bagaimana hendak membuat kek dan bukannya meminta kek diberi. Permintaan anda bukan sahaja tidak akan membantu Melayu sebaliknya memundurkan mereka. Hal ini disebabkan mereka selalu perlu bergantung pada sedekah orang untuk membuat kek. Realitinya Melayu sendiri sudah hebat dan mahir belaka cuma mungkin perlu diajar cara cara membuat kek dan bukannya cara cara meminta kek.
Wahai Ibrahim Ali. Janganlah sesekali membinasakan bangsa kamu dengan PERKASA yang berbiasa !!!!!!!!
Kaum Cina bukannya Perdana Menteri di negara ini. Kaum Cina bukannya Yang di Pertuan Agung di negara ini. Kadar peratusan Cina dalam kabinet pun jauh kurang berbanding Melayu di negara ini. Siapakah orang Cina untuk memberi kek ekonomi yang mencukupi kepada orang Melayu
?
Perjuangan dan objektif anda cukup bercanggah. Menyalahkan pihak dan kaum yang tiada hak dan authoriti serta ti! ada temp at di negara ini untuk memberi kek ekonomi kepada bangsa Melayu ? Anda sebenarnya menyalahkan pihak berauthoriti dan berkuasa yang sebangsa dengan anda sama ada anda sedar atau pun tidak.
Dalam Wikipedia PERKASA juga ada menyebut Ibrahim Ali berkata bahawa negara
Yugoslavia berpecah kerana konflik rakyat pelbagai kaum dan sosiobudaya. Perkasa membidas kerajaan yang kelihatan memberi perlindungan besar kepada pemodal bukan Melayu dan [pada masa sama menarik bantuan dan subsidi kepada orang Melayu dan Bumiputera.
Saya cukup pelik dengan kenyataan Ibrahim Ali. Katanya Yugoslavia berpecah kerana konflik rakyat pelbagai kaum dan sosiobudaya tetapi kini dia sendiri menjadi Pengerusi pertubuhan menentang kaum kaum lain di negara Malaysia. Adakah anda hendak menjadikan Malaysia seperti negara Yugoslavia?
Jika kerajaan memberi perlindungan besar kepada pemodal bukan Melayu dan pada masa yang sama menarik bantuan dan subsidi orang Melayu dan Bumiputra silapnya bukannya pada kaum CINA ! Anda hendak salahkan golongan yang menerima pula.
Seorang perogol merogol seorang perempuan dalam perundangan Malaysia perogol yang akan disabitkan kesalahan. Perempuan tidak bersalah dalam isu ini. Tapi mengapa tidak bertanya kepada perogol sendiri mengapa hendak rogol perempuan A dan bukannya perempuan B? Mungkin perempuan A lebih banyak nikmat , kemampuan , pengalaman dan kebolehan yang boleh memuaskan nafsu si perogol. Perempuan B yang tidak dirogol pula jangan salahkan dan cemburu akan perempuan A yang dirogol.
Lagipun dalam perlembagaan tidak menyebut hak perempuan B perlu dipertahankan semata mata tanpa melindugi hak perempuan A. Jika hak perempuan B sudah diberi secara mencukupi. Hak hak lebihan diberikan kepada perempuan A maka apa salahnya?
Perkasa menuduh DAP bermatlamat untuk merampas hak keistimewaan orang Melayu dan menghapuskan raja-raja Melayu serta bertujuan menimbulkan kacau-bilau, memecahkan perpaduan antara bangsa di Malaysia.
Namun titah Sultan pula tidak dijunjung oleh PERKASA ap! abila Su ltan menyeru Perkasa jangan terlalu ekstrem
dan terlalu perkauman dan hendaklah sanggup bersuara melalui saluran undang-undang sedia ada.
Perkasa sekali lagi mahu mahu pihak polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan Pemuda MCA ini yang dilihat sengaja memainkan isu perkauman, menghasut dan menidakkan hak orang Melayu.Perlambangannya dalam perlembagaan ada memperuntukkan bahawa kita mesti mempertahankan nasi lemak ini daripada terus wujud dan dijual di negara ini. Tiada dalam perlembagaan orang lain tidak boleh mengatakan nasi lemak itu tidak sedap dimakan.
Apa yang hendak saya sampaikan di sini ialah jika Perkasa bebas bersuara seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan negara mengapa pula Wee Ka Siong seharusnya diheret ke ISA? Kalau Wee Ka Siong mesti diheret ke ISA. Ibrahim Ali juga perlu diheret ke ISA. Seorang main isu Cina. Seorang main isu Melayu.
Kalau membangkitkan isu tertentu maka terus dianggap mengancam perpaduan negara seolah olah kenyataan Wee Ka Siong akan menyebabkan perang besar antara kaum di negara Malaysia.
Terdapat 2 falsafah buku yang hendak saya huraikan di sini. Pertama Think and Grow rich yang sudah mencetak lebih daripada 60 juta seluruh dunia. Kedua adalah The Secret yang sudah mencetak lebih daripada 30 juta di seluruh dunia. Kedua dua buku ini membuat kajian bahawa apa yang difikirkan oleh manusia akan menjadi realiti.
Jika Ibrahim Ali terus meracuni pemikiran Melayu bahawa hak kita akan dirampas. Hak kita telah dirampas. Hak kita sedang dirampas. Dia sebenarnya cuba memprogramkan program Neuro Linguistik ke dalam minda Melayu bahawa keadaan ini akan berlaku. Jika ini apa yang sudah mula diprogramkan dalam minda Melayu maka jika benar suatu hari nanti hak Melayu benar benar sudah kehilangan maka insan yang paling berdosa adalah Ibrahim Ali.
Anda sedang tanamkan kebencian dan ketakutan dalam sanubari Melayu dan sepatutnya Melayu kini patut disemai dengan harapan dan keyakinan. Sebaliknya terus dirosakkan oleh kamu dari hari ke hari. Saya mencabar mana mana pihak daripada PERKASA termasuk Ibrahim Ali berdebat atas usul Siapa Merosakkan Melayu : Ibrahim Ali / PERKASA atau Cina ? Tidak kira apa formatnya , berapa orang , di mana dan bila bila sahaja.Jika benar PERKASA adalah baik untuk Melayu dan jika benar Cina punca kepada kegagalan Melayu maka sila berani buktikkan dalam perdebatan terbuka.
See What Pakatan Rakyat Gotta Say?
Comments