PANAS :KALAU SETAKAT BANGKANG KONSERT BUKANNYA TALIBAN...TAPI PONDAN....
Dr Mohd Asri Zainul Abidin silap besar kerana mengaitkan Pemuda PAS dengan Taliban gara-gara tidak setuju mereka membantah konsert Elton John yang nak diadakan di Genting Highland pada 22 November ini. Saya mengikuti polimek ini sejak dari awal Pemuda PAS bersuara tidak mahu konsert itu diadakan di negara ini. Kalau rajin selak balik sejarah kita akan dapati ia sudah semacam satu rutin bagi pergerakan itu membantah konsert artis barat diadakan di negara ini. Elton John boleh dikira seorang penghibur yang tertib diatas pentas tidak melalak gila-gila macam kumpulan penyanyi rock black metal dan sebagainya. Dosa Elton John ialah beliau seorang yang confirm gay dan mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005. Saya tidak berhajat nak berdebat dengan Pemuda PAS bab sifat gay Elton John.Ini kerana ia memang bertentangan dari sudut Islam dan budaya hidup rakyat negara ini. Kita juga tidak boleh salahkan Pemuda PAS jika merasa bimbang pada bab gay E...